Korporat
Tabung Haji Menerima Pengiktirafan Muzakki (Iktiraf) Dari Lembaga Zakat Selangor
SHAH ALAM, 28 Disember 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima Pengiktirafan Muzakki (IKTIRAF) yang diperkenalkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai tanda penghargaan kepada para muzakki (pengeluar zakat) di Selangor yang selama ini bersama-sama LZS menyantuni golongan asnaf melalui komitmen menunaikan zakat perniagaan dalam satu majlis yang diadakan di sini.
TABUNG HAJI MENYUMBANG KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK DI KELANTAN MELALUI PROJEK EHSAN TH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan majlis penyerahan zakat berjumlah RM151,000 di bawah Program Ehsan TH sempena Ramadan 1435H/2014M. Seramai 302 orang terdiri daripada golongan asnaf dari Negeri Kelantan menerima sumbangan tersebut disampaikan oleh YBhg. Datuk Othman bin Haji Mahmood, Ahli Lembaga Pengarah TH dalam satu majlis yang diadakan di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji.
TABUNG HAJI MENYUMBANG KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK DI PERAK MELALUI PROJEK EHSAN TH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan majlis penyerahan zakat berjumlah RM125,000 di bawah Program EhsanTH sempena Ramadan 1435H/2014M. Seramai 250 orang terdiri daripada golongan asnaf dari Negeri Perak menerima sumbangan tersebut disampaikan oleh YB. Datuk Rosni Sohar, Ahli Lembaga Pengarah THdalam satu majlis yang diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).
TABUNG HAJI MENYUMBANG KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK DI SELANGOR MELALUI PROJEK EHSAN TH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM130,000 kepada 260 individu dari Selangor di bawah Program Ehsan TH sempena Ramadan 1435H/2014M.
YBhg. Tan Sri Dato' Hashim Meon, Ahli Lembaga Pengarah TH, menyerahkan sumbangan tersebut di Dewan Melawati, TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor.
Penerima terdiri dari ibu dan bapa tunggal, warga emas, orang kurang upaya, dan juga termasuk lapan (8) orang asnaf yang telah terpilih untuk menerima sumbangan Projek Baiti di Negeri Selangor.