TH Khairat
Definisi
TH Khairat merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan langganan tahunan serendah RM28. Perlindungan ini akan memberi bantuan kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit. Sebahagian darinya iaitu RM2,000 boleh dijadikan sumbangan (Infaq) bagi pihak si mati kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan oleh Pengendali Takaful.
Informasi TH Khairat
✓ Terbuka kepada pendeposit TH yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya)
✓ Perlindungan Takaful terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh
✓ Manfaat perlindungan sebanyak RM12,000
✓ Pendeposit boleh memilih untuk sebahagian darinya iaitu RM2,000 dijadikan Infaq kepada pertubuhan kebajikan yang dinamakan Pengendali Takaful
✓ Langganan tahunan serendah RM28
✓ Pendaftaran dilakukan melalui web/aplikasi THiJARI sahaja
Pengendali Takaful
TH Khairat diuruskan oleh:
Muat Turun Panduan Perkhidmatan:
MANFAAT-MANFAAT YANG DIBAYAR DI BAWAH SIJIL YANG LAYAK ADALAH DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM) SEHINGGA HAD PERLINDUNGAN. SILA RUJUK BROSUR SISTEM PERLINDUNGAN MANFAAT TAKAFUL DAN INSURANS (“TIPS”) PIDM ATAU HUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL ATAU PIDM (LAYARI WWW.PIDM.GOV.MY).
Terma dan Syarat Pendaftaran
- Terbuka kepada pendeposit TH berumur 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya).
- Pendaftaran bagi pendeposit berumur bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan oleh penjaga yang mentadbir akaun tersebut.
- Pastikan baki akaun TH yang boleh digunakan berjumlah sekurang-kurangnya RM100 untuk pendaftaran dan setiap kali pembaharuan.
- Bayaran langganan akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH secara tahunan selagi mana tiada permohonan penamatan daripada pendeposit.
- Sijil Takaful tidak akan diperbaharui sekiranya pendeposit melebihi had umur 65 tahun (hari lahir berikutnya) atau baki akaun kurang daripada RM100.
- Pendeposit boleh menamatkan sijil Takaful pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada pengendali Takaful yang dilantik.
- Bayaran langganan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya langganan ditamatkan atas apa jua sebab sekalipun.
- Penerima manfaat yang dinamakan mestilah:
- Mempunyai akaun TH
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendeposit tertakluk kepada 3 bulan tempoh menunggu (waiting period) bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh semulajadi (natural death/TPD) dan tiada tempoh menunggu bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan kemalangan.
- Tuntutan boleh dibuat dengan muat turun borang tuntutan di pautan yang disediakan di laman utama THiJARI dan dihantar terus kepada pengendali Takaful.
- Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat dan tidak boleh dipindah milik
- Urusan Infaq daripada jumlah perlindungan diuruskan sepenuhnya oleh pengendali Takaful.
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di Helaian Keterangan Produk (Product Disclosure Sheet) pengendali Takaful yang dilantik.