Kempen Terpaling Sayang
Terma dan Syarat
- Tempoh Kempen
Kempen mempunyai empat cabutan yang semuanya akan mengambil tempoh bermula pada 1 Januari 2024 dan berakhir mengikut sukuan seperti berikut:-
Tempoh Akhir Kempen Jenis Cabutan 31 Mac 2024 Cabutan sukuan pertama 30 Jun 2024 Cabutan sukuan kedua 30 September 2024 Cabutan sukuan ketiga 31 Disember 2024 Cabutan sukuan keempat - Kelayakan Penyertaan
Terbuka kepada semua pendeposit TH yang telah mendaftar TH Khairat tanpa mengira peringkat usia. - Mekanisme Kempen
- Pendeposit perlu mendaftar TH Khairat dan mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM100 sebelum cabutan dijalankan.
- Pendeposit yang membuat pembaharuan polisi dalam tempoh kempen perlu memastikan baki akaun TH hendaklah sekurang-kurangnya RM100.00 sebelum cabutan dilaksanakan.
- Pendeposit yang tidak memperbaharui polisi tidak layak menyertai cabutan.
- Pendeposit perlu mendaftar TH Khairat dan mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM100 sebelum cabutan dijalankan.
- Hadiah
- 10 baucer percutian domestik bernilai RM500.00 untuk 10 orang pemenang pada setiap sukuan (jumlah keseluruhan 40 baucer percutian ditawarkan).
- TH berhak menambah bilangan hadiah dari semasa ke semasa atau menukar hadiah daripada bukan tunai kepada hadiah wang tunai. Hadiah bukan tunai tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai (untuk hadiah bukan tunai) atau barangan lain sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
- Bagi pendeposit yang berumur 17 tahun ke bawah, penjaga yang berhak seperti yang berdaftar di dalam sistem TH boleh menuntut hadiah bagi pihaknya.
- TH akan menghubungi semua pemenang yang terpilih untuk memaklumkan kemenangan dan mengesahkan alamat. Pemenang yang gagal dihubungi akan dibatalkan kemenangannya dan digantikan dengan pemenang berikutnya.
- Kesemua hadiah dan nilai yang telah dinyatakan adalah benar semasa percetakan dan/atau penerbitan. Imej hadiah yang dipaparkan dalam mana- mana bahan pemasaran dan pengiklanan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar yang diterima.
- Setiap Peserta Yang Layak berhak untuk menyertai lebih daripada satu (1) cabutan dan/atau hadiah dalam Kempen ini jika Peserta Yang Layak termasuk di dalam Kriteria Kelayakan, dan mematuhi Terma dan Syarat semasa Tempoh Kempen.
- Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, TH dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau pengesahan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, berkenaan dengan hadiah melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian melampau dan kelalaian secara sengaja oleh pihak TH.
- 10 baucer percutian domestik bernilai RM500.00 untuk 10 orang pemenang pada setiap sukuan (jumlah keseluruhan 40 baucer percutian ditawarkan).
- Terma dan Syarat Am
- TH atas budi bicara mutlaknya berhak untuk meminda, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dan/atau Terma dan Syarat dari semasa ke semasa, keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis yang cukup dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. Kaedah pemberitahuan akan dibuat sama ada secara bertulis, melalui media elektronik, atau notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui kaedah lain yang boleh ditetapkan oleh TH. Untuk mengelakkan keraguan, pindaan, pembatalan, penamatan, atau penggantungan Kempen oleh TH dan/atau Terma dan Syarat tidak memberi hak kepada Peserta Yang Layak Kempen ini membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap TH bagi sebarang kerugian atau kerosakan atau apa juga yang ditanggung atau dialami oleh Peserta Yang Layak sama ada secara langsung dan tidak langsung akibat
daripada pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
- TH mempunyai hak mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah yang dimenangi dengan hadiah lain yang sama nilai dengannya atau dengan apa jua hadiah yang TH anggap sesuai dengan memberikan notis kepada Peserta Yang Layak sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh setiap cabutan yang telah dijadualkan dibuat oleh TH. Kaedah pemberitahuan boleh dibuat sama ada secara bertulis melalui media elektronik atau notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui mana-mana kaedah yang akan ditetapkan oleh pihak TH.
- Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau maklum balas berkaitan dengan Kempen ini, pendeposit boleh menghubungi TH Contact Centre di talian 03-62071919 atau secara alternatif melalui e-mel di th-info@lth.gov.my
- TH atas budi bicara mutlaknya berhak untuk meminda, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dan/atau Terma dan Syarat dari semasa ke semasa, keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis yang cukup dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. Kaedah pemberitahuan akan dibuat sama ada secara bertulis, melalui media elektronik, atau notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui kaedah lain yang boleh ditetapkan oleh TH. Untuk mengelakkan keraguan, pindaan, pembatalan, penamatan, atau penggantungan Kempen oleh TH dan/atau Terma dan Syarat tidak memberi hak kepada Peserta Yang Layak Kempen ini membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap TH bagi sebarang kerugian atau kerosakan atau apa juga yang ditanggung atau dialami oleh Peserta Yang Layak sama ada secara langsung dan tidak langsung akibat
Soalan Lazim Kempen Terpaling Sayang
SOALAN | JAWAPAN | |
---|---|---|
1. | Apakah Kempen Terpaling Sayang dan mengapa diadakan? |
Kempen Terpaling Sayang adalah kempen galakan kepada pendeposit untuk mendaftar produk perlindungan TH iaitu TH Khairat. |
2. | Siapa yang boleh menyertai? | Semua pendeposit TH yang telah mendaftar TH Khairat tanpa mengira usia. |
3. | Bilakah tempoh kempen bermula/tamat? | Kempen dijalankan sepanjang tahun bermula 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 dan cabutan akan dijalankan mengikut sukuan. |
4. | Bagaimana hendak menyertai? | Pendeposit TH layak menyertai kempen ini apabila:-
|
5. | Berapa kali cabutan yang dilakukan oleh TH? | TH akan melaksanakan 4 kali cabutan iaitu pada bulan April, Julai, Oktober dan Januari 2025. Tarikh cabutan mungkin berubah tertakluk kepada kesesuaian masa, ketersediaan data dan lain-lain. Pengumuman pemenang akan dibuat menerusi media sosial TH. |
6. | Adakah kempen mematuhi konsep syariah TH? | Ya. Menerusi kontrak wakalah, pendeposit berpeluang mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak ini dan kempen ini telah mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah TH. |
7. | Apakah hadiah yang ditawarkan? |
|
8. | Bagaimana pemilihan dan makluman kepada pemenang? |
|
9. | Bagaimana pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang diadakan? | Pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan :
|