FAQ Pelaburan
Pelaburan
Jawapan
Penglibatan TH dalam pelbagai sektor ekonomi adalah untuk memastikan kelangsungan dan keterlibatan umat Islam secara berkumpulan dalam pembangunan ekonomi negara.
Jawapan
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 29 November 2013 telah meluluskan senarai baharu sekuriti patuh syariah berdasarkan kaedah penyaringan sekuriti yang telah disemak semula.
Antara kriteria penyaringan yang ketara penukarannya adalah dari segi:-
- Conventional Income Level
- Conventional Debt Level
- Conventional Cash Deposit Level
Oleh yang demikian banyak syarikat di Bursa Malaysia yang dahulunya patuh syariah telah terkeluar dari senarai ini.
Namun begitu syarikat-syarikat tersebut juga diberi masa selama 6 bulan (sehingga 31 Mei 2014) untuk memastikan mereka kembali mematuhi syarat patuh syariah baharu yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.
Sebagai contoh pada hari ini 13 Disember 2013, SP Setia telah membuat pengumuman bahawa syarikatnya akan kembali tersenarai patuh syariah dengan penstrukturan yang telah dilakukan.
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga menyatakan bahawa semua pelabur yang memegang saham-saham syarikat yang terlibat dibenarkan menyimpan dividen atau keuntungan modal hasil dari pelupusan sekuriti tersebut sepanjang tempoh 6 bulan ini dan pendapatan tersebut masih diklasifikasikan sebagai patuh syariah.
Sebagai pemegang saham, TH telah mengambil tindakan yang proaktif melalui perbincangan dengan syarikat-syarikat yang terlibat bagi mengenal pasti prospek syarikat tersebut kembali patuh syariah dalam masa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ahli-ahli Jabatan Pelaburan, Panel Shariah dan Lembaga Pengarah TH sentiasa memantau semua aktiviti pelaburan TH bagi memastikan pelaburannya sentiasa patuh syariah.
TH sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat pelaburan bagi menjamin pelaburannya sentiasa patuh syariah. TH mempunyai masa enam (6) bulan untuk menyimpan dan menjual saham-saham tersebut sehingga 31 Mei 2014.
Garis panduan ini boleh dirujuk di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti (http://www.sc.com.my/)
Jawapan
Pihak TH sentiasa memastikan pelaburannya adalah patut shariah serta memperoleh pulangan yang kompetitif demi menjamin setiap ringgit simpanan pendepositnya. TH sentiasa menitikberatkan kepentingan para pendepositnya dalam apa jua aktiviti perniagaan dan pelaburan yang diceburinya.