Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat dua laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial hari ini yang melibatkan mantan Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah; dan pengurusan kanan.
Pengurusan kanan ialah Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi) dan Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).
Laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji’s (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22.0 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik. Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH.
Para pemegang amanah YTH ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Azeez, Tan Sri Ismee, Datuk Seri Johan, Datuk Adi and Datuk Rozaida.
Yayasan Tabung Haji telah ditubuhkan pada tahun 2016 untuk melaksanakan, antara lain, bantuan kemanusiaan dan menyumbang kepada golongan kurang berkemampuan, miskin dan yang memerlukan. TH menyumbang sebanyak RM7.0 juta kepada program tersebut.
Laporan kedua yang dibuat ke atas Tan Sri Ismee, Hazlina and Rifina adalah berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting yang melibatkan penjualan saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95% dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta.
PT TH Indo Plantations memiliki ladang kelapa sawit keluasan 83,000 hektar di Indonesia.
Laporan yang dibuat hari ini adalah siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik sejak Julai 2018 terhadap transaksi masa lalu.
Untuk pertanyaan media sila hubungi:
1. Encik Idrus Ismail
Setiausaha Syarikat
Tel: +603 20543312
Emel: idrus.ismail@lth.gov.my
2. Encik Hizamuddin Jamaludin
Ketua Pegawai Strategik dan Ketua Staf
Tel: +603 20543392
Emel: hizamuddin@lth.gov.my