Korporat
TABUNG HAJI ANJUR KURSUS PERDANA HAJI MUSIM 1437H/2016M
Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji untuk bakal-bakal jemaah haji bermula 15 Julai sehingga 31 Julai 2016.
Kursus Perdana Haji diadakan di seluruh negara ini merupakan kursus terakhir yang ditawarkan kepada jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Beberapa buah negeri yang telah melaksanakan kursus ini pada 15 sehingga 17 Julai adalah seperti berikut:
TABUNG HAJI BIAYAI SUMBANGAN HADIAH UTAMA MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ANTARA UNIVERSITI PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-4 2013
Lembaga Tabung Haji, sebuah institusi pemangkin ekonomi negara yang beriltizam untuk melestarikan ekonomi komuniti Islam Malaysia, membiayai sumbangan hadiah utama Qari dan Qariah berjumlah RM20,000 untuk Majlis Tilawah Al-Quran Antara Universiti Peringkat Kebangsaan Kali Ke – 4 2013 anjuran Yayasan Pelajar Islam Malaysia (YPIM) di Muzium Kesenian Islam, hari ini.