Logo
Garis Panduan Umum
Logo korporat yang terpapar adalah asas kepada identiti jenama Tabung Haji. Simbol tersendiri ini direka supaya mudah dikenali dan diingati di seluruh dunia. Simbol Tabung Haji terdiri daripada dua elemen iaitu nama Tabung Haji dan huruf TaHa (تح), menjadikan simbol kepada komitmen Tabung Haji dalam kejayaan Ekonomi Ummah.
Pengenalan logo korporat Tabung Haji merangkumi nama Tabung Haji dan tagline yang bermaksud ‘Mari Menuju Kejayaan’ .
Tipografi
Tipografi merupakan satu penambahan elemen penting kepada identiti jenama. Penggunaan rupa taip (typefaces) yang konsisten menambah satu lagi unsur yang mendefinisikan rupa Tabung Haji. Penggunaan jenis tulisan Bold Century Gothic dan rupa taip jawi dalam Naskh adalah untuk mengekalkan keseragaman logo Tabung Haji.
Rupa taip dalam monogram telah dipilih dengan teliti untuk gaya yang moden lagi bertapis serta dipertingkatkan dengan penggunaan tulisan jawi. Rupa taip jawi, Ta Ha (تح) , dibina melalui grafik untuk mengekalkan ketekalan logo.
Warna-warna Logo
Perkataan Tabung Haji yang berwarna hijau, seperti yang ditunjukkan, merupakan warna korporat yang rasmi. Apabila perkataan Tabung Haji berwarna hijau, warna berlawanan perlu digunakan iaitu berdasarkan Pantone 376C. Bagi menjadikan logo tersebut kelihatan timbul, penggunaan monogram perlu dibayangkan berdasarkan Pantone 370C.
Empat warna (CMYK) percetakan proses boleh digunakan dalam akhbar dan iklan majalah, penerbitan dan sekiranya penghasilan warna berlawanan tidak boleh didapati. Tabung Haji (hijau) dihasilkan melalui campuran cyan 50% (C) dan 100% kuning (Y). Untuk panduan pada rupa taip daripada monogram, perkataan Ta Ha (تح) (berwarna hijau) diletakkan di atas 27% hitam (K).
Warna hitam untuk jenis font jawi dan monogram diambil melalui kombinasi 100% cyan (C), magenta 100% (M) dan 100% hitam (K).
Variasi Logo Korporat
Berikut adalah variasi Logo Korporat TH untuk dimuat turun mengikut kesesuaian kepenggunaan.: