Kempen Auto Simpan @ THiJARI - FPX
Terma dan Syarat
- Tempoh Kempen
Bermula pada 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 mengikut tempoh seperti berikut:-
TEMPOH JENIS CABUTAN 1 Januari – 31 Mac 2024 Cabutan pertama 1 April – 30 Jun 2024 Cabutan kedua 1 Julai – 30 September 2024 Cabutan ketiga 1 Oktober – 31 Disember 2024 Cabutan keempat - Kelayakan Penyertaan
Terbuka kepada semua pendeposit TH yang berumur 18 tahun ke atas yang
juga pengguna aplikasi THiJARI. - Mekanisme Kempen
- Membuat pindahan wang melalui Pindahan – Bank Ke Akaun TH (FPX) atau Direct Debit – Bank Ke Akaun TH di aplikasi THiJARI.
- Tiada had transaksi pindahan; sama ada secara berkala atau one-off.
- Pendeposit dengan simpanan minimum RM1,000.00 layak menyertai cabutan hadiah pulangan wang tunai.
- Pendeposit dengan simpanan minimum RM5,000.00 layak menyertai cabutan hadiah utama.
- Membuat pindahan wang melalui Pindahan – Bank Ke Akaun TH (FPX) atau Direct Debit – Bank Ke Akaun TH di aplikasi THiJARI.
- Hadiah
-
Hadiah bagi setiap cabutan adalah seperti berikut:-
Cabutan pertama Pulangan wang tunai RM50.00 x 250 pemenang Cabutan kedua Pulangan wang tunai RM50.00 x 250 pemenang Cabutan ketiga Pakej umrah bernilai RM10,000.00 x 5 pemenang
Pulangan wang tunai RM50.00 x 500 pemenangCabutan keempat Pakej umrah bernilai RM10,000.00 x 5 pemenang
Pulangan wang tunai RM50.00 x 500 pemenang - TH berhak menukar hadiah wang tunai kepada hadiah bukan tunai. Hadiah bukan tunai tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai (untuk hadiah bukan tunai) atau barangan lain sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
- TH akan menghubungi semua pemenang utama yang terpilih untuk penyerahan hadiah. Pemenang yang gagal dihubungi akan dibatalkan kemenangannya dan digantikan dengan pemenang berikutnya.
- Kesemua hadiah dan nilai yang telah dinyatakan adalah benar semasa percetakan dan/atau penerbitan. Imej hadiah yang dipaparkan dalam mana-mana bahan pemasaran dan pengiklanan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin berbeza daripada hadiah sebenar yang diterima.
- Setiap Peserta Yang Layak berhak untuk menyertai lebih daripada satu (1) cabutan dan/atau hadiah dalam Kempen ini jika Peserta Yang Layak termasuk di dalam Kriteria Kelayakan, dan mematuhi Terma dan Syarat semasa Tempoh Kempen.
- Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, TH dengan jelas mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau pengesahan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, berkenaan dengan hadiah melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian melampau dan kelalaian secara sengaja oleh pihak TH.
-
- Terma dan Syarat Am
- TH atas budi bicara mutlaknya berhak untuk meminda, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dan/atau Terma dan Syarat dari semasa ke semasa, keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis yang cukup dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. Kaedah pemberitahuan akan dibuat sama ada secara bertulis, melalui media elektronik, atau notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui kaedah lain yang boleh ditetapkan oleh TH. mengelakkan keraguan, pindaan, pembatalan, penamatan, atau penggantungan Kempen oleh TH dan/atau Terma dan Syarat tidak memberi hak kepada Peserta Yang Layak Kempen ini membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap TH bagi sebarang kerugian atau kerosakan atau apa juga yang ditanggung atau dialami oleh Peserta Yang Layak sama ada secara langsung dan tidak langsung akibat daripada pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
- TH mempunyai hak mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah yang dimenangi dengan hadiah lain yang sama nilai dengannya atau dengan apa jua hadiah yang TH anggap sesuai dengan memberikan notis kepada Peserta Yang Layak sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh setiap cabutan yang telah dijadualkan dibuat oleh TH. Kaedah pemberitahuan boleh dibuat sama ada secara bertulis melalui media elektronik atau notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui mana-mana kaedah yang akan ditetapkan oleh pihak TH.
- Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau maklum balas berkaitan dengan Kempen ini, pendeposit boleh menghubungi TH Contact Centre di talian 03-62071919 atau secara alternatif melalui e-mel di th- info@lth.gov.my.
- TH atas budi bicara mutlaknya berhak untuk meminda, membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dan/atau Terma dan Syarat dari semasa ke semasa, keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis yang cukup dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. Kaedah pemberitahuan akan dibuat sama ada secara bertulis, melalui media elektronik, atau notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui kaedah lain yang boleh ditetapkan oleh TH. mengelakkan keraguan, pindaan, pembatalan, penamatan, atau penggantungan Kempen oleh TH dan/atau Terma dan Syarat tidak memberi hak kepada Peserta Yang Layak Kempen ini membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap TH bagi sebarang kerugian atau kerosakan atau apa juga yang ditanggung atau dialami oleh Peserta Yang Layak sama ada secara langsung dan tidak langsung akibat daripada pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
Soalan Lazim Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX
SOALAN | JAWAPAN | |
---|---|---|
1. | Apakah Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX dan mengapa diadakan? |
Kempen Auto Simpan @ THiJARI FPX adalah kempen tabungan anjuran TH yang bertujuan untuk menggalakkan pendeposit membuat transaksi secara dalam talian menerusi THiJARI. |
2. | Siapa yang boleh menyertai? | Terbuka kepada semua pendeposit TH yang juga pengguna aplikasi THiJARI. |
3. | Bilakah tempoh kempen bermula/tamat? | Bermula pada 1 Januari 2024 hingga 30 Jun 2024 bagi cabutan pertama dan 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024 bagi cabutan kedua. |
4. | Bagaimana hendak menyertai? | Pendeposit TH layak menyertai kempen ini apabila:-
|
5. | Apakah hadiah yang ditawarkan? |
|
6. | Adakah kempen ini mematuhi konsep syariah TH? | Ya. Menerusi kontrak wakalah, pendeposit berpeluang mendapat nilai tambah dan manfaat lain di bawah kontrak ini dan kempen ini telah mendapat kelulusan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah TH. |
8. | Adakah hadiah boleh ditukar milik kepada ahli keluarga ? | Hadiah tidak boleh dipindah milik. |
9. | Bagaimana pemilihan dan makluman kepada pemenang? |
|
10. | Bagaimana pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang diadakan? | Pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan :
|