Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH) adalah usahasama TH dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk memastikan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) dan individu yang terlibat dengan pengajaran haji dan umrah melalui proses pembelajaran berbentuk akademik secara sistematik dan berkesan bagi membimbing Jemaah haji di Tanah Air dan Tanah Suci.
Modul pembelajaran telah disusun dengan sistematik bagi membolehkan PEKTA menguasai ilmu ibadat dan pengurusan haji serta dapat mengaplikasikan dalam membantu bakal jemaah haji dalam melaksanakan ibadat haji.
EPIH terbuka kepada semua PEKTA dan orang ramai dengan mod pembelajaran atas talian dan fizikal. Kemasukan baru akan dimaklumkan di dalam laman sesawang dan media sosial rasmi Tabung Haji (TH).