Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan majlis penyerahan zakat berjumlah RM125,000 di bawah Program EhsanTH sempena Ramadan 1435H/2014M. Seramai 250 orang terdiri daripada golongan asnaf dari Negeri Perak menerima sumbangan tersebut disampaikan oleh YB. Datuk Rosni Sohar, Ahli Lembaga Pengarah THdalam satu majlis yang diadakan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).
Pada tahun ini, TH mensasarkan agihan zakat berjumlah RM1.7 juta kepada seramai 3,424 asnaf miskin dan fakir di seluruh negara. Negeri Perak merupakan lokasi pertama dalam siri jelajah Projek Ehsan pada tahun ini. Penerima sumbangan pada hari ini menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500 setiap seorang.
Projek Ehsan merupakan program tanggungjawab sosial tahunan TH yang diadakan pada bulan Ramadan bertujuan meringankan bebanan kewangan golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya dalam membuat persiapan dan persediaan menyambut Syawal. Selain memupuk dan melahirkan masyarakat penyayang serta memberikan keceriaan kepada golongan ini.
TABUNG HAJI MENYUMBANG KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK DI PERAK MELALUI PROJEK EHSAN TH
Korporat
Sabtu, 5 Julai 2014