Ekuiti
Objektif
Menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif melalui keuntungan urusniaga saham dan pendapatan dividen sejajar dengan tahap risiko yang berpatutan disamping memastikan portfolio pelaburan ekuiti setara dengan keadaan pasaran semasa.
Portfolio
Pelaburan ekuiti merupakan salah satu aktiviti utama dalam menjana pendapatan TH. Pelaburan ekuiti terdiri daripada Ekuiti Domestik dan Ekuiti Asing. Portfolio ekuiti diuruskan oleh TH dan melalui Pengurus Dana Luar yang dilantik TH untuk memastikan pulangan yang optimum selari dengan polisi dan garis panduan yang ditetapkan.
Pelaburan Alternatif
TH juga terlibat dalam pelaburan alternatif merangkumi kepelbagaian kelas aset pelaburan. Sebagai contoh, dana pelaburan ekuiti persendirian diuruskan oleh Pengurus Dana Luar dilantik yang berpengalaman dan pakar dalam bidang pelaburan bagi menjana pulangan alternatif yang kompetitif kepada TH.
Pelaburan Ekuiti
- Pengurus Dana Luaran (Ekuiti Tersenarai)
- Kriteria Utama Untuk Pemilihan Pengurus Dana Luaran (Ekuiti Tersenarai)
- Pengurusan Portfolio Patuh Syariah
- Jumlah Aset Di Bawah Pengurusan
- Kekuatan Organisasi dan Pengurusan Kakitangan Utama
- Keupayaan Pengurusan Risiko
- Rekod Prestasi Yang Baik
- Kriteria Utama Untuk Pemilihan Pengurus Dana Luaran (Ekuiti Tersenarai)
- Dana Ekuiti Swasta (Ekuiti Tidak Tersenarai)
- Kriteria Utama Untuk Pemilihan Dana Ekuiti Swasta (Ekuiti Tidak Tersenarai)
- Pengurusan Portfolio Patuh Syariah
- Saiz Dana
- Kekuatan Organisasi dan Pengurusan Kakitangan Utama
- Kriteria Dana Dan Fi Yang Kompetitif
- Keupayaan Pengurusan Risiko
- Rekod Prestasi Yang Baik
- Kriteria Utama Untuk Pemilihan Dana Ekuiti Swasta (Ekuiti Tidak Tersenarai)
Proses Pelaburan Portfolio Ekuiti
Penyelidikan Pelaburan
Objektif
Membantu dan menyokong Bahagian Portfolio Ekuiti (Domestik & Asing) dan Bahagian Portfolio Pendapatan Tetap dalam membuat keputusan pelaburan melalui analisa dan penyelidikan. Ianya merangkumi penyelidikan mikro dan makro.
Aktiviti Penyelidikan Pelaburan
Penilaian Broker
Panel broker TH akan dinilai setiap akhir tahun. Kedudukan panel broker akan dibentangkan kepada Mesyuarat Pengurusan TH dan Lembaga.