Kelab TaHa
Kelab TaHa telah ditubuhkan pada 10 April 2008 sebagai salah satu inisiatif Tabung Haji (TH) untuk menggalakkan dan memupuk amalan menabung dalam kalangan pendeposit muda. Kelab TaHa menjadi satu medium utama TH untuk berinteraksi dengan pendeposit muda supaya menyimpan di TH dari kecil secara berdikit-dikit di samping menuju Rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan ibadat haji.
Profil Kelab TaHa

Pada 13 Mac 2021, Kelab TaHa telah dijenamakan semula untuk memberi nafas baru dan kekal relevan dalam kalangan pendeposit muda TH. Selaras dengan ledakan Revolusi Industri 4.0 di era digital ini, Kelab TaHa perlu seiring dengan perkembangan teknologi generasi muda ketika ini. Kelab TaHa hadir dengan ciri baru dan aktiviti yang lebih menarik dan bermanfaat. Kelab TaHa revolusi baru ini mengetengahkan:
- Logo baru yang lebih dinamik
Kelab TaHa telah memperkenalkan logo baru yang melambangkan generasi muda yang dinamik serta kreatif dalam membentuk peribadi profesional mukmin. Logo ini adalah hasil ciptaan pendeposit TH iaitu Muhamad Azid Abdul Latiff menerusi pertandingan yang dijalankan.
- Tiada pendaftaran keahlian
Keahlian diberikan secara automatik kepada semua pendeposit berumur 17 tahun ke bawah.
- Aktiviti yang lebih fokus
Manfaat dan aktiviti yang dijalankan lebih fokus dan spesifik berdasarkan kepada umur ahli. Segmen keahlian adalah seperti berikut:- TaHa Manja (6 tahun ke bawah)
- TaHa Cilik (7 tahun hingga 12 tahun)
- TaHa Bestari (13 tahun hingga 17 tahun)
- TaHa@U (18 tahun hingga 25 tahun)
- Promosi dan tawaran istimewa dari Rakan Kelab TaHa
Kelab TaHa juga menawarkan manfaat kepada ahlinya menerusi hubungan kerjasama dengan pelbagai syarikat di seluruh Malaysia sebagai Rakan Kelab TaHa. Kini, terdapat pelbagai promosi yang ditawarkan oleh Rakan Kelab TaHa seperti F&N, The Family Storybox, Menara Optometry dan Aras Mega.
Latar Belakang
TH menerusi Kelab TaHa mensasarkan sekolah-sekolah dengan aktiviti dan program yang menarik untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang tabungan di usia muda. TH juga sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan sekolah-sekolah bagi memberi galakan untuk membuka akaun TH kepada pelajar-pelajar seterusnya menjadi ahli Kelab TaHa.
Pelbagai program dan aktiviti menarik yang dianjurkan Kelab TaHa bagi memberi peluang penglibatan ahli Kelab TaHa untuk menunjukkan bakat dan potensi mereka melalui Musabaqah Cilik TaHa, Kejohanan Futsal TaHa Bestari yang dianjurkan di seluruh negara dan pertandingan dalam talian seperti Kuiz Israk Mikraj, Teka Silang Kata, Teka Gambar Hari Kebangsaan dan lain-lain. Musabaqah Cilik TaHa dianjurkan khusus kepada pelajar sekolah rendah untuk menunjukkan bakat mereka dalam mengalunkan bacaan Al-Quran. Kejohanan Futsal TaHa Bestari pula menumpukan pelajar sekolah menengah untuk bersaing secara sihat menerusi sukan yang diminati mereka.
Aktiviti & Program Kelab TaHa
Aktiviti & Program Kelab TaHa seperti berikut:

Musabaqah Cilik TaHa

Musabaqah Cilik TaHa

Kejohanan Futsal TaHa Bestari

Kejohanan Futsal TaHa Bestari
Rakan Kelab TaHa
Rakan Kelab TaHa adalah seperti berikut:
Rakan Kelab TaHa | Info Ringkas | ||
---|---|---|---|
|
The Family Storybox (TFSB)
The Family Storybox (TFSB) menghasilkan permainan-permainan intelektual yang islamik bagi memberi pendedahan dan pembelajaran secara tidak langsung sambil bermain. Sebanyak 15% diskaun ditawarkan eksklusif kepada ahli Kelab TaHa bagi pembelian permainan di The Family Storybox. Layari www.thefamilystorybox.com sekarang dan layak mendapatkan diskaun eksklusif yang ditawarkan dengan memasukkan nombor keahlian sebagai promo code. Terhad kepada pembelian kali pertama. Ahli Kelab TaHa layak mendapatkan diskaun eksklusif yang ditawarkan dengan memasukkan nombor keahlian sebagai promo code. Pelbagai permainan menarik dan ilmiah yang ditawarkan. *Tertakluk kepada terma & syarat |
||
|
Menara Optometry
Menara Optometry menawarkan penjagaan mata kepada ahli Kelab TaHa dengan pemeriksaan mata percuma dan potongan diskaun sehingga 10% bagi pembelian di semua premis Menara Optometry. Ahli Kelab TaHa boleh datang ke Menara Optometry dan tunjukkan E-kad di THiJARI untuk mendapatkan tawaran istimewa. Menara Optometry – Pusat Optometri Keluarga Anda *Tertakluk kepada terma & syarat |
||
|
Aras Mega (M) Sdn Bhd
Ahli-ahli Kelab TaHa berpeluang mendapatkan pulangan tunai (cashback) RM10 ke akaun TH dengan setiap pembelian pakej Indahnya Ramadan dan pakej Kembara TaHa. Layari aulad.my/kelabtaha untuk membuat pembelian dan masukkan nombor keahlian Kelab TaHa untuk melayakkan menerima cashback ke akaun TH. |
Pertandingan
- Pertandingan Bicara Berirama TaHa Bestari 2025, info lanjut klik disini.
Ganjaran Istimewa
GANJARAN ISTIMEWA MCPLUS UNTUK AHLI KELAB TaHa
TERMA DAN SYARAT PENEBUSAN
- Ganjaran istimewa MCPLUS ini ditawarkan khas kepada ahli Kelab TaHa sahaja dan tidak terbuka kepada umum.
- Ganjaran istimewa ini akan berlangsung selama setahun bermula pada bulan Julai 2025 sehingga Jun 2026.
- Ahli Kelab TaHa yang layak akan menerima diskaun sebanyak 15% untuk satu kali langganan pelan MCPLUS untuk kelas biasa pakej 30 hari sahaja.
- Diskaun hanya sah digunakan melalui kod diskaun rasmi yang diperoleh daripada laman web atau aplikasi THiJARI - https://www.thijari.com.my
- Setiap ahli hanya boleh menebus satu (1) kali penggunaan diskaun sepanjang tempoh ganjaran ditawarkan.
- Kod diskaun tidak boleh ditukar kepada wang tunai dan tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi MCPLUS lain.
- Tempoh sah penebusan dan penggunaan kod diskaun adalah seperti yang dinyatakan dalam aplikasi atau bahan promosi rasmi.
- Tabung Haji dan MCPLUS berhak membuat sebarang perubahan, penamatan atau pengemaskinian kepada terma & syarat ini tanpa notis awal.
- Untuk mendapatkan kod diskaun, pendeposit perlu melayari laman web atau aplikasi THiJARI dan klik Aktiviti Kelab TaHa.
- Untuk membuat langganan MCPLUS, sila ikuti langkah berikut :
- Untuk menebus kod diskaun bagi langganan kelas biasa di MCPLUS, sila ikuti langkah berikut :
- Info berkaitan dengan fungsi REPLAY, sila rujuk maklumat berikut :
- Untuk menonton video REPLAY kelas sebelum ini, sila rujuk maklumat berikut :
- Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran langganan MCPLUS ini boleh diajukan kepada support@mcplus.com.my
Garis Panduan Kejohanan Bola Jaring TaHa Cilik 2025
- MAKLUMAT UMUM
- Penyertaan
Penyertaan Kejohanan Bola Jaring TaHa Cilik terbuka kepada ahli Kelab TaHa Cilik iaitu :- Mempunyai akaun TH yang aktif
- Berumur 7 – 12 tahun
- Membuat sekurang-kurangnya 1 transaksi simpanan pada tahun 2025.
- Peraturan Pertandingan
- Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan bola jaring sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang International Netball Federation (INF) serta digunakan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).
- Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan bola jaring sebagaimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang International Netball Federation (INF) serta digunakan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM).
- Penyertaan
- SYARAT PENDAFTARAN PEMAIN
-
Pendaftaran nama-nama pemain, pegawai/jurulatih hendaklah dilakukan di TH
Negeri. -
Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 7 pemain dan 5 pemain simpanan. Sekurang-kurangnya 5 pemain digelanggang sebelum satu-satu pertandingan dimulakan.
-
Permainan menumpukan kepada jaringan gol untuk menentukan kemenangan. Penjaring Gol (GS) dan Penyerang Gol (GA) sahaja dibenarkan menjaringkan gol dari dalam Bulatan Gol.
-
Permainan diadili oleh 2 orang pengadil.
-
Permainan dimulakan dengan hantaran Tengah dan hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir selepas setiap jaringan gol.
-
Setiap pasukan yang berada di gelanggang perlu mempamerkan bib dengan huruf-huruf berikut :
-
GS - Penjaring Gol (Goal Shooter)
-
GA - Penyerang Gol (Goal Attack)
-
WA - Penyerang Sayap (Wing Attack)
-
C - Pemain Tengah (Centre)
-
WD - Penangkis Sayap (Wing Defence)
-
GD - Penahan Gol (Goal Defence)
-
GK - Penjaga Gol (Goal Keeper)
-
-
- PELAKSANAAN PERTANDINGAN
- Pertandingan ini terbuka kepada minimum 10 pasukan dan tiada had jumlah maksimum pasukan. Semua pasukan hendaklah dibahagikan kepada bilangan kumpulan yang bersesuaian ditetapkan TH negeri.
- Penentuan kumpulan akan dibuat secara undian.
- Perlawanan di peringkat kumpulan akan dijalankan secara liga kumpulan dan mengikut kiraan mata.
- Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati apabila ke peringkat Akhir.
- PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEPUTUSAN
- Sistem Pertandingan
- Liga dalam kumpulan
- Pusingan Suku Akhir
- Pusingan Separuh Akhir
- Perlawanan Akhir
- Pemberian Mata
Pasukan yang mendapat mata terbanyak adalah di kira sebagai pemenang- Menang - 3 Mata
- Seri - 1 Mata
- Kalah - 0 Mata
-
Purata gol akan menentukan kedudukan (iaitu: jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena)
-
Jika masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu : jumlah jaringan gol ditolak dengan gol yang kena)
-
Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
-
Pertukaran Pemain
- Setiap pasukan hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak 3 kali di setiap 1 perlawanan.
- Setiap pemain yang telah ditukarkan, dibenarkan bermain semula dan pertukarannya akan diambil kira.
- Setiap pasukan boleh membuat penggantian / pertukaran posisi semasa rehat atau permainan diberhentikan atas sebab kecederaan atau sakit.
- Sistem Pertandingan
- TEMPOH MASA PERMAINAN
- 7 minit x 1 minit x 7 minit (Liga)
- 10 minit x 2 minit x 10 minit (kalah mati)
- Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan
- PERATURAN TAMBAHAN
- Semua peserta hendaklah berpakaian menutup aurat, tidak mempunyai lambang atau gambar-gambar yang tidak patuh Shariah atau menyentuh sensitiviti agama.
- Semua peserta hendaklah menjaga perlakuan dan tidak menggunakan kata-kata yang kesat atau melakukan tindakan yang boleh mencetuskan provokasi.
- Selain daripada peraturan yang dinyatakan, pihak penganjur berhak meminda/ mengadakan peraturan tambahan yang bersesuaian.
- HADIAH PERTANDINGAN
- Johan RM500
- Naib Johan RM400
- Ketiga RM300
*Semua peserta akan menerima Tabung Wang TH
- PENDAFTARAN PASUKAN
Sekolah atau pasukan yang berminat hendaklah mendaftar di cawangan TH Negeri yang berhampiran sebelum tarikh tutup penyertaan (ditetapkan oleh setiap TH Negeri masing-masing)
- LAIN- LAIN
Semua perkara dan syarat yang tidak dinyatakan dalam peraturan permainan ini akan diputuskan oleh pihak penganjur dan pihak penganjur berhak meminda peraturan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
Soalan Lazim
Soalan Lazim berkaitan Kelab TaHa & TaHa@U.