Keanggotaan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (Jawatankuasa) terdiri daripada 8 orang para alim ulama dan ahli akademik yang mempunyai kemahiran serta kepakaran dalam pelbagai disiplin dan ilmu Islam. Ketua Bimbingan Haji bertindak sebagai Setiausaha jawatankuasa ini.
Jawatankuasa bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:
- Memutuskan kedudukan hukum-hakam berkaitan isu-isu ibadat haji yang dirujuk.
- Memberi cadangan kepada Pengurusan TH berkaitan isu-isu pelaksanaan ibadat haji.
- Mengesahkan semakan ke atas bahan penerbitan ibadat haji yang dikeluarkan oleh TH.
- Bertugas sebagai Pakar Rujuk Ibadat Haji dalam Rombongan Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci.
Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi
Dr. Hajah Anisah Binti Ab. Ghani
Ahli-ahli
- Sohibus Samahah Dato’ Paduka Haji Fadzil Bin Haji Awang
- Sohibus Samahah Dato' Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir
- Dr. Hajah Raihanah Binti Haji Azahari
- Dr. Hajah Shamsiah Binti Mohamad
- Ustaz Haji Burhanuddin Bin Lukman
- Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Tajul Urus Bin Abdul Halim
Wakil JAKIM
- Dr. Hajah Taqwa Binti Zabidi
Setiausaha
- Ustaz Haji Shahrin Bin Awaludin