Soalan Lazim Simpanan
Simpanan
Jawapan
Pendeposit perlu hadir di mana-mana kaunter TH berhampiran dengan membawa dokumen pengenalan diri.
Jawapan
Inisiatif pengelasan Akaun Tidak Aktif ini merupakan satu langkah keselamatan bagi melindungi akaun-akaun pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan.
Jawapan
Kluster | No. | Soalan | Jawapan |
---|---|---|---|
APA | 1. | Apakah yang dimaksudkan dengan Kemaskini Nombor Telefon Bimbit melalui panggilan/e-mel? | Kemudahan bagi urusan mengemaskini nombor telefon bimbit melalui telefon/e-mel tanpa kehadiran pendeposit di kaunter TH. |
2. | Siapa yang boleh menggunakan kemudahan ini? | Pendeposit TH sahaja. | |
3. | Bila kemudahan ini bermula? | 1 September 2020 (Selasa). | |
4. | Sebelum ada kemudahan ini, urusan kemaskini nombor telefon bimbit boleh dilaksanakan di mana? | Kaunter TH Cawangan sahaja. | |
KENAPA | 5. | Mengapa kemudahan ini disediakan? | Bertujuan untuk:
|
6. | Mengapa kemudahan ini diwujudkan sekarang dan tidak dahulu lagi? | Inisiatif baru yang disediakan oleh TH bagi menyokong perkhidmatan atas talian dan digital pada masa kini | |
7. | Adakah kemudahan yang dilaksanakan mematuhi peraturan atau polisi Bank Negara Malaysia? |
Kemudahan yang disediakan telah mengambilkira polisi Bank Negara Malaysia berkenaan Electronic Know-Your-Customer (e-KYC) bagi tujuan pengesahan diri menggunakan teknologi yang dicadangkan bagi mengurangkan risiko transaksi secara maya atau tidak bersemuka iaitu:
Untuk inisiatif ini, pengesahan diri dilaksanakan melalui Sistem ALIS Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapat dan mengesahkan maklumat serta gambar pendeposit. |
|
SYARAT PERMOHONAN | 8. | Apakah dokumen yang diperlukan? | Pendeposit perlu memajukan dokumen:
|
9. | Bagaimana cara atau kaedah untuk pendeposit menghantar dokumen? | Pendeposit boleh menghantar salinan dokumen melalui e-mel di th-info@lth.gov.my. | |
10. | Sekiranya tiada tiga (3) bulan penyata bil terkini? Dokumen apa yang perlu dimajukan. | Pendeposit perlu memajukan salinan Requisition Form yang disahkan daripada Syarikat Telco yang berdaftar. | |
11. | Adakah pendeposit yang melanggan pelan prepaid tanpa penyata bil atas nama pemohon boleh membuat urusan ini? | TIDAK. Pendeposit disarankan untuk hadir ke pejabat TH Cawangan yang berhampiran. | |
12. | Sekiranya pendeposit TH tidak mempunyai nombor telefon bimbit, adakah boleh menggunakan nombor telefon bimbit ahli keluarga yang lain? | TIDAK. Pendeposit perlu mempunyai nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama pendeposit sendiri kerana melibatkan penerimaan TAC melalui SMS. | |
13. | Adakah kemaskini nombor telefon bimbit boleh dilakukan untuk akaun anak di bawah jagaan? | BOLEH. | |
LAIN-LAIN | 14. | Apakah maklumat kemaskini peribadi lain yang boleh dilaksanakan melalui THCC? | Urusan kemaskini maklumat peribadi yang boleh dilaksanakan melalui THCC adalah:
|
15. | Adakah urusan kemaskini maklumat peribadi lain memerlukan dokumen yang sama? | TIDAK. Salinan dokumen yang dinyatakan adalah bagi urusan Kemaskini Nombor Telefon Bimbit sahaja. | |
16. | Adakah sebarang caj atau bayaran yang dikenakan untuk kemudahan ini? | Tiada sebarang caj atau bayaran dikenakan. | |
17. | Tempoh masa kemaskini yang diambil oleh TH? | Dua (2) hari bekerja. Ianya tertakluk kepada kelulusan setelah semakan pengesahan pemohon sebenar dilaksanakan | |
18. | Adakah pendeposit yang berada di Luar Negara boleh melaksanakan urusan ini? |
BOLEH. Pendeposit perlu melalui proses yang ditetapkan. | |
19. | Bagaimana pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan ini? |
Pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan :
|
Jawapan
Pendeposit boleh mengemas kini alamat, nombor telefon dan penamaan waris di mana-mana Pejabat Cawangan TH, Pusat Perkhidmatan TH dan UTC.
Jawapan
Profil peribadi perlu dikemas kini bagi memudahkan TH menghubungi pendeposit serta mengelak daripada berlakunya kes surat tawaran haji yang tidak diterima kerana bertukar alamat.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon: +603 - 6207 1919
Faks: +603 - 7728 4959
Emel : th-info@lth.gov.my
Waktu Operasi : 8:00 pagi - 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
Jawapan
Akaun TH akan diklasifikasi sebagai “Tidak Aktif” jika TIADA sebarang transaksi dilakukan melebihi tujuh (7) tahun.
Perkhidmatan melalui ATM dan CDM CIMB
Jawapan
Pendeposit boleh mendaftar (link) kad ATM CIMB ke akaun TH beliau walaupun kad ATM Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank beliau telah didaftarkan (link) ke akaun TH.
Jawapan
Boleh. Walau bagaimanapun, pendeposit perlu melakukan proses pendaftaran (link) bagi setiap kad ATM CIMB yang ingin didaftarkan (link).
Jawapan
Buat masa kini kemudahan tersebut tidak ditawarkan melalui kemudahan CIMB Islamic.
Jawapan
Tidak perlu. Pendaftaran (link) kad ATM baru ke akaun TH pendeposit dilakukan secara auto oleh pihak CIMB.
Jawapan
Tidak boleh, hanya simpanan tunai ke akaun TH pemilik kad ATM CIMB sahaja boleh dilakukan.
Jawapan
Pendeposit boleh menghubungi Contact Centre CIMB di talian +603-6204 7788 atau Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603 - 6207 1919 untuk bantuan.
Jawapan
Pendeposit perlu memiliki akaun TH dan kad ATM CIMB dan perlu mendaftar (link) kad ATM ke akaun TH sendiri.
Jawapan
Tidak boleh. Pendeposit hanya boleh mendaftar (link) kad ATM CIMB beliau ke akaun TH beliau sahaja.