Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (Virtual Account Opening - VAO)
Pembukaan Akaun Secara Dalam Talian (Virtual Account Opening - VAO) ialah permohonan pembukaan akaun secara dalam talian melalui THiJARI.
Terma & Syarat VAO
- Syarat menjadi ahli
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Jenis Akaun
- Akaun Dewasa
- Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Akaun Kanak-Kanak di Bawah Penjaga
- Akaun simpanan bagi pendeposit yang berumur di bawah 18 tahun.
- Akaun ini hendaklah dikawalselia oleh penjaga.
- Akaun Dewasa
- Wakalah
- Pendeposit melantik TH sebagai wakil untuk menguruskan wangnya dalam akaun TH tanpa terikat dengan apa-apa terma selain yang ditetapkan dan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.
- Pendeposit boleh menyimpan dan mengeluarkan wang daripada akaun TH selaras dengan Akta TH dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Tabung Haji (Deposit dan Pengeluaran), sebarang pindaan serta prosedur yang telah ditetapkan di TH.
- Pendeposit menerima agihan keuntungan aktiviti pelaburan TH setelah ditolak kos pengurusan TH, kos Haji dan zakat tertakluk sentiasa kepada TH memenuhi keperluan-keperluan berkaitan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
- Syarat Menjadi Penjaga Akaun Kanak-Kanak
- Penjaga dihadkan kepada penjaga yang sah sahaja berasaskan takrif penjagaan menurut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 seperti berikut:
- Ibu bapa kandung.
- Melalui suratikatan atau wasiat yang telah disahkan melalui Perintah Mahkamah.
- Ibu bapa angkat (dengan pembuktian sijil anak angkat dan sijil pendaftaran pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara).
- Mana-mana orang yang mempunyai jagaan yang sah ke atas kanak- kanak itu melalui Perintah Mahkamah.
- Hanya satu akaun dan satu penjaga sahaja dibenarkan.
- Penjaga mestilah mempunyai akaun TH.
- Pertukaran akaun kanak-kanak ke akaun dewasa.
- Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun sahaja.
- Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak- kanak tersebut mencapai umur 18 tahun.
- Penjaga kepada akaun kanak-kanak tersebut beserta anak di bawah jagaannya perlulah hadir di kaunter TH dengan mengemukakan dokumen asal seperti berikut:-
- Kad pengenalan kanak-kanak yang telah mencapai umur 18 tahun.
- Kad pengenalan penjaga.
- Penjaga dihadkan kepada penjaga yang sah sahaja berasaskan takrif penjagaan menurut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 seperti berikut:
- Deposit
- Jumlah minimum deposit semasa membuka akaun adalah sebanyak RM2.00.
- Deposit boleh dilakukan dalam bentuk wang tunai dan bukan tunai melalui kaunter dan saluran elektronik yang dibenarkan oleh TH.
- Deposit boleh dilakukan oleh pihak ketiga ke atas mana-mana akaun pendeposit TH.
- Pengeluaran
- Pengeluaran boleh dilakukan dalam bentuk wang tunai, bukan tunai dan pindahan wang melalui kaunter dan saluran elektronik yang dibenarkan oleh TH.
- Pendeposit hendaklah hadir sendiri semasa melakukan transaksi pengeluaran di mana-mana saluran pengeluaran.
- Pengeluaran pusaka bagi pendeposit yang meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris melalui penamaan atau surat kuasa yang ditetapkan oleh TH.
- Pelarasan Akaun
- TH boleh membekukan dan menyelaraskan akaun yang terlibat bagi tujuan melindungi TH daripada berlaku risiko kerugian.
- Jaminan Kerajaan
- Setiap ringgit yang disimpan di TH dijamin oleh Kerajaan Malaysia.
- Pembayaran Zakat
- TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan dengan demikian pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanannya di TH. Amaun zakat ini tidak ditolak daripada baki akaun individu setiap pendeposit TH dan resit rasmi secara individu tidak dikeluarkan oleh TH.
- Agihan Keuntungan
- Pendeposit bersetuju menerima agihan keuntungan aktiviti pelaburan TH setelah ditolak kos pengurusan TH, kos Haji dan zakat tertakluk sentiasa kepada TH memenuhi keperluan-keperluan berkaitan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
- Pendaftaran Haji
- Pendaftaran Haji hendaklah dibuat secara berasingan selepas membuka akaun TH mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
- Perubahan kepada terma dan syarat serta peraturan TH
- TH berhak menambah, memansuh, meminda, atau mengubah mana-mana syarat, terma dan peraturan pada bila-bila masa tanpa perlu merujuk terlebih dahulu kepada pendeposit. Perubahan tersebut akan berkuatkuasa apabila ianya dihebahkankepada pendeposit melalui mana-mana cara penyampaian yang difikirkan sesuai oleh TH.
-
Pematuhan kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
-
Pendeposit bersetuju memberi persetujuan kepada TH untuk memproses data peribadi sepertimana Notis Privasi TH dan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
-
TH tidak akan menzahirkan data peribadi pendeposit kepada mana-mana pihak luar melainkan sepertimana yang dinyatakan dalam Notis Privasi TH dan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
-
AKAD WAKALAH
- Perakuan
- Saya dengan ini bersetuju menyimpan wang ke akaun TH saya berdasarkan kepada kontrak Wakalah dan melantik TH sebagai wakil untuk menguruskan wang simpanan dalam akaun TH saya tanpa terikat dengan apa-apa terma selain yang ditetapkan dan selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.
- Saya bersetuju untuk mematuhi semua Terma dan Syarat yang terkandung di sini.
- Saya akan menyemak semula rekod transaksi yang dilakukan dan memaklumkan kepada TH dalam masa 14 hari jika terdapat sebarang keraguan dan/atau kesilapan.
- Apabila saya mengeluarkan kesemua baki di dalam akaun, akaun tersebut akan ditutup.
- Pembekuan dan Penutupan akaun
- TH berhak membekukan akaun saya, sekiranya TH menerima notis bertulis daripada saya atau mana-mana pihak yang diberikuasa.
- TH berhak menutup akaun saya sekiranya ianya pada bila-bila masa didapati menyalahi dan/atau tidak mematuhi mana-mana peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
- Saya bersetuju sekiranya saya menutup akaun TH, saya hanya berhak ke atas amaun yang telah dikreditkan ke akaun TH saya selepas ditolak kos penutupan akaun TH.
- Perubahan Maklumat Peribadi
- Saya bertanggungjawab memaklumkan kepada TH sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi saya dari semasa ke semasa.
- THiJARI
- Saya bersetuju bahawa TH tidak bertanggungjawab ke atas tuntutan dan liabiliti dalam apa jua bentuk sekalipun (secara langsung atau tidak langsung) akibat daripada penggunaan atau salahguna Personal Identification Number (PIN) oleh saya sendiri, pendedahan PIN oleh saya sendiri kepada orang lain dan kecuaian atau kelalaian saya dalam memelihara kerahsiaan PIN ini.
- Saya bertanggungjawab memastikan kata laluan saya tidak terdedah kepada pihak ketiga yang boleh menyumbang kepada penyelewengan akaun TH saya.
- Akaun Tidak Aktif
- Sekiranya akaun saya tidak aktif selama 7 tahun atau lebih, akaun saya dikategorikan sebagai tidak aktif dan TH berhak menguruskan akaun saya dengan sewajarnya mengikut undang-undang dan peraturan, selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.
- Hibah Amanah TH dan Tuntutan Pusaka
- Saya mengaku dan mengarahkan TH bahawa, apabila saya meninggal dunia, wang simpanan saya dalam TH hendaklah dibayar kepada Penerima Namaan/Penerima Hibah Amanah TH.
- Saya mengaku bahawa Penerima Namaan yang dilantik adalah terdiri daripada waris yang berhak sahaja. Sebagai Penerima Namaan, beliau mewakili waris-waris saya dan apabila wang diterima, beliau hendaklah membahagikan wang itu mengikut Hukum Syarak.
- Sebarang tuntutan pusaka atau Hibah Amanah TH adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur sedia ada TH.
Soalan Lazim VAO
|
|
---|---|
Soalan | Jawapan |
Apa itu Virtual Account Opening (VAO)? |
Virtual Account Opening (VAO) ialah permohonan pembukaan akaun secara dalam talian melalui THiJARI. |
Siapakah yang layak untuk memohon VAO? |
Akaun Dewasa
Akaun Kanak-Kanak
|
Bagaimanakah cara memohon VAO melalui THiJARI? |
Akaun Dewasa – Layari www.thijari.com.my dan klik pada “Tiada Akaun TH ? Buka Sekarang” di laman utama THiJARI dan ikuti langkah seterusnya. Akaun kanak-kanak – Penjaga log masuk ke dalam akaun THiJARI. Pilih Menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak dan lengkapkan transaksi tersebut. |
Apakah proses terakhir pengaktifan akaun? |
Akaun Dewasa – Bagi permohonan VAO yang berjaya, anda dikehendaki hadir ke TH pilihan atau mana-mana cawangan dalam tempoh 30 hari bagi pengaktifan akaun bersama-sama MyKad dan deposit permulaan RM2.00. Akaun Kanak-Kanak - Bagi permohonan VAO kanak-kanak yang berjaya, penjaga dikehendaki hadir ke TH pilihan atau mana-mana cawangan dalam tempoh 30 hari bagi pengaktifan akaun. Dokumen yang diperlukan adalah:
Nota: Permohonan VAO hanya sah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan VAO dihantar. |
Bilakah pemohon akan mendapat no akaun TH? |
Pemohon akan mendapat no akaun TH setelah proses verifikasi dan pengaktifan akaun berjaya dilaksanakan di Cawangan TH. |
Berapa banyak akaun TH yang boleh dibuka? |
Setiap pemohon hanya dibenarkan membuka SATU (1) akaun TH sahaja. |
Dimanakah pemohon boleh mendapatkan terma dan syarat VAO? |
Pemohon boleh melayari laman sesawang Tabung Haji atau klik pada “Terma dan Syarat VAO”. |
Apakah yang akan terjadi apabila saya tidak mengaktifkan akaun dalam tempoh 30 hari? |
Permohonan ini akan TERBATAL dan perlu menghantar semula permohonan VAO ini. |
Adakah terdapat caj yang akan dikenakan bagi permohonan VAO? |
Tiada caj dikenakan. |
Apakah proses semasa berada di cawangan bagi tujuan pengaktifan? |
Keutamaan nombor giliran akan diberikan dan pihak Cawangan TH akan membantu proses pengaktifan akaun pemohon dengan segera. |