TH Komuniti
Bagi memenuhi keperluan pendeposit yang semakin bertambah, TH telah melancarkan inisiatif perkhidmatan bergerak TH Komuniti. Perkhidmatan ini dilancarkan pada 16 Jun 2016 bertujuan untuk menambah baik tahap kualiti serta akses pendeposit kepada perkhidmatan TH.
Waktu Operasi
Berikut ialah waktu operasi bagi kemudahan TH Komuniti:
Hari : Isnin – Ahad
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
(tertakluk kepada keperluan operasi)
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Simpanan dan pengeluaran wang tunai.
- Pembukaan akaun baru TH.
- Pendaftaran haji.
- Kemaskini maklumat.
- Pertukaran akaun kanak-kanak ke dewasa.
- Permohonan penyata akaun.
- Potongan gaji.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 - 6207 1919
E-mel : th-info@lth.gov.my
Waktu Operasi : 8:00 pagi - 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)