Soalan | Jawapan |
Apa itu THiJARI Biz? | THiJARI Biz adalah perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh TH untuk membolehkan majikan berdaftar membayar caruman potongan gaji bulanan pekerja ke dalam akaun mereka di TH. |
Siapakah yang boleh menggunakan THiJARI Biz? | Semua majikan yang berdaftar dengan TH. |
Bagaimanakah saya boleh mendaftar untuk akaun THiJARI Biz? | Anda boleh menghubungi THCC di 03-6207 1919 untuk pendaftaran THiJARI Biz. |
Syarikat saya pernah melakukan potongan gaji dengan TH sebelum ini, adakah saya perlu untuk mendaftar THiJARI Biz |
Tidak perlu. Sekiranya anda adalah majikan yang telah berdaftar (majikan sedia ada), anda akan dihubungi oleh TH untuk proses pendaftaran THiJARI Biz. |
Syarikat saya mahu menukar pentadbir, bagaimana saya boleh menukarnya? |
Anda boleh membuat pertukaran profil pentadbir melalui Menu “Profil” THiJARI Biz atau dengan menghubungi THCC di 03-6207 1919. |
Adakah terdapat had amaun pembayaran untuk potongan gaji? | Ya, amaun pindahan minima ialah RM1.00 manakala maksima ialah RM5,000,000.00 bagi setiap transaksi. |
Adakah terdapat Manual Pengguna untuk THiJARI Biz? | Ya. Manual Pengguna disediakan di dalam laman web THiJARI Biz. |
Bilakah potongan gaji akan dikreditkan ke dalam akaun TH pekerja? | Potongan Gaji akan dikreditkan pada hari bekerja berikutnya (T+1) apabila pembayaran berjaya dilakukan. 'T' mewakili pemindahan bayaran yang berjaya daripada majikan kepada TH. |
Bagaimanakah saya boleh menukar nombor telefon untuk TAC? | Anda boleh menghubungi THCC di 03-6207 1919 bagi tujuan pertukaran nombor telefon TAC. |
Bagaimanakah saya boleh membuat semakan bulan potongan gaji sebelum ini? | Anda boleh membuat semakan pada menu “Sejarah Transaksi” di THiJARI Biz. |
Adakah transaksi THiJARI Biz selamat? | Platform THiJARI Biz ini menggunakan piawaian pengesahan dan pensijilan yang tinggi untuk memastikan semua urus niaga terjamin sebagaimana yang dipraktikkan di industri yang serupa di Malaysia. |
Semasa melakukan transaksi, saya menerima mesej ralat/tidak berjaya. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut telah ditolak daripada akaun bank syarikat saya. Apa yang perlu saya lakukan? | Sekiranya dana di akaun bank syarikat anda ditolak tetapi transaksi di TH tidak berjaya, wang anda akan dikreditkan semula ke dalam akaun bank syarikat anda. Anda boleh menghubungi Bank syarikat anda untuk mendapatkan status pemulangan dengan memberikan ID Transaksi FPX atau Merchant order No. sebagai rujukan. |