Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
Pusat Khidmat Kewangan Islam atau IFiC adalah inisiatif Tabung Haji (TH) untuk merealisasikan aspirasi kerajaan menjadikan negara sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa.
IFiC menempatkan beberapa agensi Islam yang bergabung di bawah satu bumbung untuk menjalankan urusan muamalat iaitu sistem kewangan Islam bersepadu. Antara agensi-agensi yang terlibat adalah seperti TH, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Tabung Haji Travel & Services (THTS) dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB).
Penubuhan IFiC telah memberi banyak manfaat dan kelebihan kepada orang ramai. Perkhidmatan di bawah satu bumbung berkonsepkan 'one stop centre' ini memberi kemudahan akses kepada beberapa perkhidmatan yang membolehkan pendeposit membuat urusan di satu lokasi sahaja. Ia sekaligus menjimatkan tenaga dan kos.
Kini TH telah mempunyai tujuh (7) buah IFiC di seluruh Malaysia iaitu di Jalan Tun Razak, KL Sentral, Putrajaya, Sepang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru.
Konsep
Antara konsep pelaksanaan IFiC adalah seperti berikut:
- Menyediakan pusat perkhidmatan Islam seperti haji, umrah & pelancongan, Perbankan Islam dan insurans (Takaful).
- Entiti berasingan yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan awam untuk para pelanggan di bawah satu bumbung.
- Susunan dan prosedur perkhidmatan dibahagikan kepada empat agensi berasingan.
Kelebihan
Kelebihan IFiC termasuklah:
- Penglibatan 4 agensi di bawah satu bumbung berkonsepkan pusat sehenti dapat memberi kemudahan kepada Pendeposit yang berurusan.
- Gabungan 4 agensi yang berkongsi kemudahan dan prasarana secara tidak langsung memberi penjimatan kos kepada TH.
- Menjadi pusat kewangan Islam yang kukuh dan utuh melalui proses keseragaman pengurusan dan penerapan amalan kerjasama.
- Mengukuhkan keyakinan pelanggan terhadap sistem kewangan Islam.
- Peningkatan imej TH melalui pengurusan cemerlang agensi-agensi yang terlibat.
- Merupakan pusat kewangan Islam yang menjadi tunggak ekonomi ummah.
Agensi-agensi Terlibat
Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) melibatkan beberapa agensi yang terdiri daripada:
- Tabung Haji (TH)
- Tabung Haji Travel & Services (THTS)
- Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
- Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)
Waktu Operasi Kaunter IFiC
Waktu operasi IFiC mengikut negeri adalah seperti berikut:
Putrajaya & Jalan Tun Razak
Agensi | Isnin - Khamis | Jumaat |
---|---|---|
Tabung Haji | 9:00 pagi - 4:00 ptg | 9.00 pagi - 12:15 tgh 2:30 ptg - 4:00 ptg |
TH Travel & Services | 8:30 pagi - 5:00 ptg | 8:30 pagi - 12:15 tgh 2:45 ptg - 5:00 ptg |
Takaful Malaysia | 8:30 pagi - 4:30 ptg | 8:30 pagi - 12:30 tgh 2:30 ptg - 4:30 ptg |
Bank Islam | 9:30 pagi - 4:30 ptg | 9:30 pagi - 12:30 tgh 2:30 ptg - 4:30 ptg |
Sepang, Selangor
Agensi | Isnin - Khamis | Jumaat |
---|---|---|
Tabung Haji | 9:00 pagi - 4:00 ptg | 9:00 pagi - 12:15 tgh 2:30 ptg - 4:00 ptg |
Takaful Malaysia | 8:30 pagi - 4:30 ptg | 8:30 pagi - 12:30 tgh 2:30 ptg - 4:30 ptg |
KL Sentral
Agensi | Isnin - Khamis | Jumaat |
---|---|---|
Tabung Haji | 9:00 pagi - 4:00 ptg | 9:00 pagi - 12:15 tgh 2:30 ptg - 4:00 ptg |
TH Travel & Services | 8:30 pagi - 1:00 ptg 2:00 ptg - 5:00 ptg |
8:30 pagi - 12:30 tgh 2:30 ptg - 5:00 ptg |
Takaful Malaysia | 8:30 pagi - 4:30 ptg | 8:30 pagi - 12:30 tgh 2:30 ptg - 5:00 ptg |
Johor Bahru
Agensi | Hari/ Masa | Hari/ Masa |
---|---|---|
Tabung Haji | Ahad - Rabu 9:00 pagi - 4:00 ptg |
Khamis 9:00 pagi - 3:00 ptg |
TH Travel & Services | Ahad - Rabu 8:30 pagi - 5:00 ptg |
Sabtu 8:30 pagi - 12:15 tgh 2:45 ptg - 5:00 ptg |
Takaful Malaysia | Ahad - Khamis 8:30 pagi - 5:00 ptg |
- |
Bank Islam | Ahad - Khamis 9:30 pagi - 4:30 ptg |
- |
Ipoh
Agensi | Hari/ Masa | Hari/ Masa |
---|---|---|
Tabung Haji | Isnin- Khamis 9:00 pagi - 4:00 ptg |
Jumaat 9:00 pagi - 12:15 tgh 2:30 ptg - 4:00 ptg |
TH Travel & Services | Isnin - Khamis 8:30 pagi - 1:00 ptg 2:00 ptg - 5:00 ptg |
Jumaat 8:30 pagi - 12:15 tgh 2:30 ptg - 5:00 ptg Sabtu 8:00 pagi - 1:00 ptg |
Takaful Malaysia | Ahad- Khamis 8:30 pagi - 5:00 ptg |
Jumaat 8:30 pagi - 12:30 tgh 2:30 ptg - 5:00 ptg |
Melaka
Agensi | Hari/ Masa | Jumaat |
---|---|---|
Tabung Haji | Isnin - Khamis 9:00 pagi - 4:00 ptg |
9:00 pagi - 12:15 ptg 2:30 ptg - 4:00 ptg |
TH Travel & Services | Isnin - Khamis 8:30 pagi - 5:00 ptg |
8:30 pagi - 12:15 ptg 2:30 ptg - 5:00 ptg |
Takaful Malaysia | Isnin- Khamis 8:30 pagi - 5:00 ptg |
8:30 pagi - 12:30 ptg 2:30 ptg - 4:30 ptg |
Bank Islam | Ahad - Khamis 9:30 pagi - 4:30 ptg |
9:30 pagi - 12:30 ptg 2:30 ptg - 4:30 ptg |
Direktori Kaunter IFiC
Klik disini untuk direktori kaunter IFiC.