THiJARI Biz (Caruman Potongan Gaji)
THiJARI Biz adalah sebuah perkhidmatan atas talian yang membolehkan Majikan melaksanakan caruman potongan gaji bulanan Pekerja ke dalam akaun mereka di TH.
Cara-cara Mendaftar THiJARI Biz (Caruman Potongan Gaji)
Majikan hendaklah mendaftar syarikat di Tabung Haji dengan menghubungi THCC. Majikan perlu melengkapkan “Borang Maklumat Majikan” bagi tujuan melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit untuk pengesahan transaksi (TAC). Pihak Tabung Haji akan memberikan Kod Majikan melalui emel dan Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Pengaktifan hendaklah dilakukan dalam tempoh 7 hari.
Bagi Majikan yang telah mendaftar syarikat di Tabung Haji sebelum ini, Majikan boleh menghubungi THCC untuk mendapatkan Kod Pengaktifan.
Tiga (3) langkah mudah bagi menggunakan THiJARI Biz:
- Log masuk melalui www.thijari.com.my/thijaribiz
- Pentadbir hanya perlu memasukkan Kod Majikan dan Kod Pengaktifan serta mencipta Kata Laluan.
- Seterusnya, Pentadbir hendaklah memasukkan Kod Majikan dan Kata Laluan setiap kali menggunakan THiJARI Biz.
Pentadbir boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI Biz dengan mudah.
Terma dan Syarat
Terma dan Syarat THiJARI Biz membentangkan terma-terma dan syarat-syarat pendaftaran dan penggunaan THiJARI Biz.
- DEFINISI
- “THiJARI Biz” bermaksud perkhidmatan dalam talian yang disediakan melalui Laman Web ini yang membolehkan Majikan membayar caruman potongan gaji bulanan Pekerja ke dalam akaun mereka di TH.
- “Majikan” bermaksud Majikan yang berdaftar dengan TH untuk mengakses Laman Web dan menggunakan THiJARI Biz.
- "Pentadbir" bermaksud seseorang yang dilantik dan diberi kuasa oleh Majikan untuk mengakses Laman Web dan menggunakan THiJARI Biz bagi pihak Majikan untuk menguruskan caruman potongan gaji bulanan Pekerja ke dalam akaun mereka di TH termasuk mengemukakan maklumat mengenai caruman potongan gaji dan menggunakan perkhidmatan lain di bawah THiJARI Biz.
- "ID Pengguna" bermaksud karakter pengenalan yang digunakan oleh Pentadbir yang mesti dimasukkan setiap kali Pentadbir menggunakan THiJARI Biz dengan menggunakan Kod Majikan yang berdaftar dengan TH sebagai input ID Pengguna bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk memberikan Pentadbir akses kepada THiJARI Biz
- "Kata Laluan" bermaksud karakter istimewa yang diketahui secara sulit dan peribadi yang yang hendaklah dimasukkan setiap kali Pentadbir menggunakan THiJARI Biz bagi tujuan penentusahan dan pengesahan.
- “Pekerja” bermaksud orang yang bekerja dengan Majikan yang bersetuju untuk membuat caruman potongan gaji melalui THiJARI Biz.
- “TAC" bermaksud ciri keselamatan yang dilaksanakan untuk menyediakan lapisan perlindungan kedua untuk transaksi THiJARI Biz di samping ID Pengguna dan Kata Laluan. TAC adalah kod 6 digit yang unik yang perlu dimasukkan oleh Pentadbir yang akan dihantar kepada nombor telefon bimbit Pentadbir yang didaftarkan dalam rekod TH melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
- “THiJARI Biz” bermaksud perkhidmatan dalam talian yang disediakan melalui Laman Web ini yang membolehkan Majikan membayar caruman potongan gaji bulanan Pekerja ke dalam akaun mereka di TH.
- PENDAFTARAN THiJARI Biz
- Majikan hendaklah mendaftar THiJARI Biz dengan menghubungi THCC serta mengisi Borang Maklumat Majikan (JP038) seperti Jadual 1.
- Majikan dikehendaki melengkapkan Borang Maklumat Majikan (JP038) tersebut dengan memberi maklumat yang dianggap perlu oleh TH termasuk melantik Pentadbir dan mendaftar nombor telefon bimbit Majikan/Pentadbir bagi tujuan penerimaan Kod Pengaktifan dan pengesahan transaksi (TAC). Borang Majikan (JP038) yang telah lengkap diisi hendaklah diemelkan ke th-info@lth.gov.my.
- Apabila menerima Borang Maklumat Majikan (JP038) yang lengkap diisi dan dokumen-dokumen daripada Majikan (jika ada), TH akan menilai dan menyemak dokumen tersebut dengan sewajarnya dan justeru itu, tanpa perlu memberi sebarang alasan atau memberi maklumat mengenainya, sama ada menerima atau menolak permohonan Majikan tersebut, mengikut budi bicara mutlaknya yang tersendiri.
- Setelah TH meluluskan pendaftaran, TH akan menghantar Kod Majikan kepada Majikan/Pentadbir melalui emel di mana Kod Majikan tersebut akan digunakan sebagai Input ID Pengguna oleh Majikan/Pentadbir.
- Untuk tujuan pengaktifan THiJARI Biz, Majikan/Pentadbir akan menerima Kod Pengaktifan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan Majikan/Pentadbir hendaklah membuat pengaktifan THiJARI Biz dalam tempoh 7 hari selepas penerimaan Kod Pengaktifan tersebut.
- Selepas THiJARI Biz berjaya diaktifkan, Majikan/Pentadbir dikehendaki untuk mencipta Kata Laluan. Pentadbir hendaklah memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan setiap kali menggunakan THIjARI Biz.
- Majikan bersetuju bahawa TH mempunyai hak untuk membatalkan ID Pengguna dan Kata Laluan Majikan untuk pelanggaran atau pelanggaran berpotensi mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat, atau mana-mana undang-undang dan/atau peraturan-peraturan dan/atau untuk memastikan atau mengekalkan keselamatan THiJARI Biz sepertimana yang dianggap wajar oleh TH, dan bahawa anda tidak akan memegang TH bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kehilangan yang mungkin dialami oleh anda akibat daripada pembatalan mana-mana atau semua ID Pengguna dan Kata Laluan tersebut.
- Majikan hendaklah mendaftar THiJARI Biz dengan menghubungi THCC serta mengisi Borang Maklumat Majikan (JP038) seperti Jadual 1.
- PROSEDUR CARUMAN POTONGAN GAJI PEKERJA
- Transaksi caruman potongan gaji Pekerja hanya boleh dilakukan melalui THiJARI Biz setelah Majikan membuat pengaktifan THiJARI Biz sebagaimana yang dinyatakan di Perenggan 2.5. Penghantaran butiran caruman secara manual tidak lagi akan diproses oleh TH.
- Semasa membuat bayaran caruman potongan gaji Pekerja, Majikan/Pentadbir hendaklah memastikan bilangan rekod setiap butiran caruman dan jumlah bayaran adalah betul dan tepat. Butiran caruman potongan gaji dan maklumat bayaran hendaklah dihantar melalui THiJARI Biz mengikut format yang telah ditetapkan.
- Majikan hendaklah memastikan setiap Pekerja yang membuat caruman potongan gaji mempunyai akaun TH yang aktif dan memberikan maklumat nombor akaun TH yang tepat
- Sekiranya Pekerja ingin membuat caruman potongan gaji ke akaun TH mana-mana ahli keluarganya, Majikan hendaklah memastikan ahli keluarga Pekerja tersebut mempunyai akaun TH yang aktif dan memberikan maklumat nombor akaun TH yang tepat. Bagi pilihan ini, Pekerja hendaklah mengisi Borang Caruman Bulanan Majikan (JP010) dan *Borang Agihan Caruman Bulanan Keluarga (JP010-1) yang boleh didapati di laman web TH. Borang Caruman Bulanan Majikan (JP010) dan Borang Agihan Caruman Bulanan Keluarga (JP010-1) ini hendaklah dihantar bersama-sama dengan maklumat lain yang dinyatakan di perenggan 3.2 semasa Pentadbir membuat transaksi bayaran caruman potongan gaji kali pertama.
*Nota: Penggunaan Borang Agihan Caruman Bulanan Keluarga (JP010-1) adalah tertakluk kepada pindaan yang boleh dibuat oleh TH pada bila-bila masa.
- Caruman potongan gaji Pekerja akan dikreditkan ke akaun TH Pekerja dan/atau ahli keluarga Pekerja dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas TH menerima butiran caruman potongan gaji dan maklumat bayaran serta bayaran caruman potongan gaji yang tepat.
- Majikan hendaklah menyemak status pembayaran caruman potongan gaji Pekerja di THIjARI Biz selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas transaksi pembayaran caruman potongan gaji dilakukan.
- Sekiranya terdapat butiran akaun TH Pekerja dan/atau ahli keluarga Pekerja yang tidak tepat atau akaun TH Pekerja dan/atau ahli keluarga Pekerja berstatus tidak aktif semasa caruman potongan gaji dilakukan yang mengakibatkan transaksi tidak berjaya, TH melalui Bank yang dilantik akan membuat bayaran balik (refund) kepada Majikan bagi transaksi tidak berjaya tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Bagi transaksi caruman potongan gaji Pekerja yang tidak berjaya diproses, Majikan hendaklah mengemaskini maklumat rekod Pekerja tersebut dengan segera di THiJARI Biz dengan memastikan nombor akaun TH Pekerja atau ahli keluarga Pekerja adalah betul dan berstatus aktif serta nombor kad pengenalan Pekerja adalah yang sebenar.
- Majikan bertanggungjawab memastikan caruman potongan gaji Pekerja dilakukan setiap bulan mengikut bulan potongan. Caruman potongan gaji hanya dibenarkan bagi bulan semasa dan 12 bulan sebelumnya sahaja.
- Pertukaran nombor telefon bimbit berdaftar (untuk penerimaan TAC) hanya boleh dilakukan melalui permohonan ke THCC. Majikan perlu mengisi Borang Pertukaran Nombor Telefon Bimbit Berdaftar (JP039) seperti di Jadual 2 dan diemelkan kepada THCC bagi tujuan tersebut.
- Transaksi caruman potongan gaji Pekerja hanya boleh dilakukan melalui THiJARI Biz setelah Majikan membuat pengaktifan THiJARI Biz sebagaimana yang dinyatakan di Perenggan 2.5. Penghantaran butiran caruman secara manual tidak lagi akan diproses oleh TH.
- TANGGUNGJAWAB UNTUK KATA LALUAN DAN ID PENGGUNA
- Majikan mengaku janji untuk memastikan akan menyimpan ID Pengguna dan Kata Laluan secara rahsia dan selamat dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah akses dan/atau penggunaannya yang tidak dibenarkan.
- Jika Majikan mendapati atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa ID Pengguna dan Kata Laluan telah terjejas dalam apa-apa cara, Majikan hendaklah dengan serta-merta memaklumkan TH dengan mengubungi THCC. Jika Majikan gagal memaklumkan TH pada masa tersebut, Majikan hendaklah, di samping bertanggungjawab terhadap semua transaksi yang dilaksanakan sehingga masa tersebut, turut bertanggungjawab atas kerugian sebenar yang berlaku selepas masa tersebut, sehingga TH menerima dan merekodkan pemberitahuan sebenar yang dibuat oleh Majikan.
- Majikan mengaku janji untuk memastikan akan menyimpan ID Pengguna dan Kata Laluan secara rahsia dan selamat dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah akses dan/atau penggunaannya yang tidak dibenarkan.
- MAKLUMAT MAJIKAN/PEKERJA
- Majikan hendaklah sentiasa memastikan maklumat yang diberikan kepada TH berhubung profil syarikat dan maklumat Pentadbir termasuk maklumat Pekerja adalah benar, lengkap dan terkini. Sekiranya terdapat perubahan, Majikan hendaklah mengemaskini maklumat profil syarikat, Pentadbir dan rekod Pekerja di dalam THiJARI Biz dengan segera.
- Majikan mengakui bahawa TH tidak akan bertanggungjawab dan Majikan dikehendaki menanggung rugi TH keatas segala kehilangan atau kerosakan yang mungkin timbul akibat dari kegagalan atau kelewatan Majikan di dalam memberi kemaskini kepada TH mengenai segala perubahan profil syarikat, maklumat Pentadbir dan maklumat Pekerja.
- Majikan hendaklah sentiasa memastikan maklumat yang diberikan kepada TH berhubung profil syarikat dan maklumat Pentadbir termasuk maklumat Pekerja adalah benar, lengkap dan terkini. Sekiranya terdapat perubahan, Majikan hendaklah mengemaskini maklumat profil syarikat, Pentadbir dan rekod Pekerja di dalam THiJARI Biz dengan segera.
- PENERIMAAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT
- Majikan hendaklah memastikan membaca dan memahami Terma-terma dan Syarat-syarat ini sebelum mendaftar untuk THiJARI Biz. Jika Majikan tidak memahami mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini, sila hubungi THCC untuk penjelasan. Majikan mengakui bahawa pada kali pertama mendaftar untuk THiJARI Biz, Majikan akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan Majikan selanjutnya mengakui dan menerima semua risiko yang wujud berkaitan dengan mengakses dan menggunakan THiJARI Biz.
- Majikan bersetuju untuk mematuhi Terma-terma dan Syarat-syarat ini apabila mengakses Laman Web dan menggunakan THiJARI Biz.
- THiJARI Biz disediakan atas dasar "seadanya," dan "seperti yang tersedia" (yang termasuk semua kepincangan yang wujud dalam THiJARI Biz). TH menafikan semua waranti (nyata dan tersirat), termasuk, tetapi tidak terhad kepada, apa-apa waranti tentang kebolehdagangan, kualiti maklumat, kenikmatan aman sentosa, tiada pelanggaran, hakmilik atau kesesuaian untuk tujuan tertentu. TH tidak memberi waranti bahawa THiJARI Biz adalah bebas dari kesilapan, tidak mengalami gangguan, bebas dari perisian hasad (termasuk perisian intip, perisian iklan, virus, cecacing komputer, dan kod hasad lain), atau akan berfungsi untuk memenuhi keperluan Majikan. TH tidak memberi waranti bahawa THiJARI Biz akan berfungsi dengan sistem operasi Majikan atau dengan mana-mana perisian lain yang dipasang pada komputer atau peranti mudah alih Majikan dan menafikan sebarang liabiliti berbangkit daripada ketidakupayaan Majikan untuk mengakses THiJARI Biz.
- Majikan hendaklah memastikan membaca dan memahami Terma-terma dan Syarat-syarat ini sebelum mendaftar untuk THiJARI Biz. Jika Majikan tidak memahami mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat ini, sila hubungi THCC untuk penjelasan. Majikan mengakui bahawa pada kali pertama mendaftar untuk THiJARI Biz, Majikan akan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan Majikan selanjutnya mengakui dan menerima semua risiko yang wujud berkaitan dengan mengakses dan menggunakan THiJARI Biz.
- PERKHIDMATAN LAIN BERHUBUNG THiJARI Biz
- Tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini, berikut merupakan perkhidmatan-perkhidmatan lain berhubung THiJARI Biz yang disediakan di dalam Laman Web ini:
- Potongan Gaji;
- Sejarah Transaksi;
- Kemaskini Profil Syarikat/Organisasi; dan
- Mana-mana perkhidmatan baharu lain yang mungkin ditawarkan oleh TH dari semasa ke semasa.
- Tertakluk kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini, berikut merupakan perkhidmatan-perkhidmatan lain berhubung THiJARI Biz yang disediakan di dalam Laman Web ini:
- PENGECUALIAN
Majikan dengan ini bersetuju bahawa, melainkan jika diperuntukkan sebaliknya dengan nyata di dalam Terma-terma dan Syarat- syarat ini dan setakat yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan, TH tidak akan, dalam apa-apa keadaan pun bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, kehilangan penggunaan, kehilangan nama baik, kehilangan simpanan atau mana-mana kehilangan berbangkit, khas, sampingan, tidak langsung, berbentuk teladan atau punitif lain yang dialami oleh Majikan disebabkan apa-apa kelewatan dalam perlaksanaan atau ketidaklaksanaan atau pelanggaran mana-mana kewajipan TH sama ada yang timbul daripada apa-apa kecuaian, pelanggaran Terma-terma dan Syarat- syarat di dalam ini atau walau bagaimanapun jua dan/ atau timbul daripada tindakan atau peninggalan TH.
- LIABILITI & INDEMNITI
- Majikan dengan ini bersetuju secara muktamad untuk bertanggunjawab dan untuk menanggung rugi dan terus menanggung rugi TH daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin ditanggung oleh TH berkaitan dengan atau yang timbul daripada:-
- penggunaan atau penyalahgunaan Laman Web dan THiJARI Biz yang disediakan dalamnya oleh Majikan; atau
- pelanggaran Terma-Terma dan Syarat-syarat oleh Majikan walau bagaimanapun disebabkan; atau
- mana-mana tuntutan pelanggaran hak harta intelek atau hak milik yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap TH berkaitan dengan penggunaan THiJARI Biz oleh Majikan.
- Majikan dengan ini bersetuju secara muktamad untuk bertanggunjawab dan untuk menanggung rugi dan terus menanggung rugi TH daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin ditanggung oleh TH berkaitan dengan atau yang timbul daripada:-
Terma dan Syarat Akses
Berikut ialah terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal akses anda kepada laman web www.thijari.com.my/thijaribiz ("Laman Web" ini) dan penggunaan perkhidmatan dalam talian yang disediakan melalui Laman Web yang membolehkan majikan berdaftar membayar caruman potongan gaji bulanan pekerja ke dalam akaun mereka di TH ("THiJARI Biz"). Dengan mengakses Laman Web ini dan/atau menggunakan THiJARI Biz, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat akses (“Terma dan Syarat Akses”) ini dan terma dan syarat THiJARI Biz di bawah ("Terma dan Syarat THiJARI Biz”) (bersama-sama, "Terma-terma dan Syarat-syarat") dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses Laman Web dan/atau penggunaan THiJARI Biz ini. Jika, pada bila-bila masa anda tidak bersetuju menerima sebarang Terma-Terma dan Syarat-Syarat, anda hendaklah dengan serta-merta menamatkan semua akses kepada Laman Web ini dan berhenti menggunakan THiJARI Biz.
Laman Web ini dikendalikan dan disenggara, dan THiJARI Biz disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (“kami” dan/atau “TH”). Halaman ini membentangkan terma-terma serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses Laman Web ini dan penggunaan THiJARI Biz. Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi Laman Web ini. Penggunaan THiJARI Biz dan/atau akses anda kepada Laman Web ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan Terma-terma dan Syarat-syarat ini.
- Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
- Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan THiJARI Biz ini;
- Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada Laman Web ini;
- Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
- Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di Laman Web ini; atau
- Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Laman Web ini.
- Pautan
Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web lain tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman web tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman web atau sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman web atau sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman web atau sumber tersebut.
- Penamatan
Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian atau seluruh THiJARI Biz dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuat kuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan Laman Web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada THiJARI Biz tersebut.
- Perubahan kepada Terma-terma dan Syarat-Syarat
Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan Laman Web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat ini, kami akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti Terma-terma dan Syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan Terma-terma dan Syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini.
- Pengubahsuaian kepada THiJARI Biz
Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan THiJARI Biz (atau sebahagian daripada THiJARI Biz) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan THiJARI Biz.
- Fasal Privasi
Dengan mengakses Laman Web atau menggunakan THiJARI Biz, anda dengan tak boleh batal bersetuju untuk terikat oleh Notis Privasi TH yang boleh didapati di www.tabunghaji.gov.my dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini sejauh mana melibatkan pemprosesan data peribadi anda. Sila pastikan bahawa anda membaca dan memahami Notis Privasi TH di samping Terma-Terma Dan Syarat-Syarat ini sebelum meneruskan akses ke Laman Web ini atau menggunakan THiJARI Biz. Untuk mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi TH tersebut akan dianggap telah digabungkan ke dalam Terma-terma dan Syarat-syarat ini secara rujukan.
- Umum
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah Terma-terma dan Syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan Terma-terma dan Syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuat kuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.
Muat Turun Borang
Soalan Lazim
Soalan Lazim THiJARI Biz
Soalan | Jawapan |
Apa itu THiJARI Biz? | THiJARI Biz adalah perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan oleh TH untuk membolehkan majikan berdaftar membayar caruman potongan gaji bulanan pekerja ke dalam akaun mereka di TH. |
Siapakah yang boleh menggunakan THiJARI Biz? | Semua majikan yang berdaftar dengan TH. |
Bagaimanakah saya boleh mendaftar untuk akaun THiJARI Biz? | Anda boleh menghubungi THCC di 03-6207 1919 untuk pendaftaran THiJARI Biz. |
Syarikat saya pernah melakukan potongan gaji dengan TH sebelum ini, adakah saya perlu untuk mendaftar THiJARI Biz? |
Tidak perlu. Sekiranya anda adalah majikan yang telah berdaftar (majikan sedia ada), anda akan dihubungi oleh TH untuk proses pendaftaran THiJARI Biz. |
Syarikat saya mahu menukar pentadbir, bagaimana saya boleh menukarnya? |
Anda boleh membuat pertukaran profil pentadbir melalui Menu “Profil” THiJARI Biz atau dengan menghubungi THCC di 03-6207 1919. |
Adakah terdapat had amaun pembayaran untuk potongan gaji? | Ya, amaun pindahan minima ialah RM1.00 manakala maksima ialah RM5,000,000.00 bagi setiap transaksi. |
Adakah terdapat Manual Pengguna untuk THiJARI Biz? | Ya. Manual Pengguna disediakan di dalam laman web THiJARI Biz. |
Bilakah potongan gaji akan dikreditkan ke dalam akaun TH pekerja? | Potongan Gaji akan dikreditkan pada hari bekerja berikutnya (T+1) apabila pembayaran berjaya dilakukan. 'T' mewakili pemindahan bayaran yang berjaya daripada majikan kepada TH. |
Bagaimanakah saya boleh menukar nombor telefon untuk TAC? | Anda boleh menghubungi THCC di 03-6207 1919 bagi tujuan pertukaran nombor telefon TAC. |
Bagaimanakah saya boleh membuat semakan bulan potongan gaji sebelum ini? | Anda boleh membuat semakan pada menu “Sejarah Transaksi” di THiJARI Biz. |
Adakah transaksi THiJARI Biz selamat? | Platform THiJARI Biz ini menggunakan piawaian pengesahan dan pensijilan yang tinggi untuk memastikan semua urus niaga terjamin sebagaimana yang dipraktikkan di industri yang serupa di Malaysia. |
Semasa melakukan transaksi, saya menerima mesej ralat/tidak berjaya. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut telah ditolak daripada akaun bank syarikat saya. Apa yang perlu saya lakukan? | Sekiranya dana di akaun bank syarikat anda ditolak tetapi transaksi di TH tidak berjaya, wang anda akan dikreditkan semula ke dalam akaun bank syarikat anda. Anda boleh menghubungi Bank syarikat anda untuk mendapatkan status pemulangan dengan memberikan ID Transaksi FPX atau Merchant order No. sebagai rujukan. |
Pertanyaan Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 - 6207 1919
E-mel : th-info@lth.gov.my
Waktu Operasi : 8:00 pagi - 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)