SPB YANG DI-PERTUAN AGONG MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA JEMAAH HAJI PENERBANGAN TERUS PERTAMA ALOR SETAR – MADINAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Pelepasan Jemaah Haji 1434H/2013M dari Wilayah Utara. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat untuk mengucapkan selamat jalan kepada semua bakal jemaah haji penerbangan terus pertama dari Alor Setar ke Madinah.