Kempen Virtual Account Opening (VAO) 2024
Tarikh
Terhad kepada tarikh yang ditetapkan iaitu 3 Mac, 6 Jun, 9 September dan 12 Disember tahun 2024 sahaja
Kelayakan Penyertaan
- Terbuka kepada semua pembukaan akaun baru (Akaun Dewasa dan Akaun Kanak-Kanak) secara dalam talian menerusi Virtual Account Opening (VAO).
- Kelayakan membuka akaun TH adalah seperti berikut:-
- Akaun Dewasa
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Berakal
- Akaun Kanak-Kanak
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 18 tahun
- Anak kandung/anak angkat yang sah
- Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan pengguna aplikasi THiJARI
- Berakal
- Akaun Dewasa
Mekanisme
- Daftar VAO pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Semasa pendaftaran VAO, pendeposit perlu memilih satu cawangan TH untuk melakukan urusan pengesahan akaun.
- Untuk membuka Akaun Dewasa
- Layari www.thijari.com.my
- Klik pada “Tiada Akaun TH ? Buka Sekarang” di laman utama THiJARI dan ikuti langkah seterusnya.
- Untuk membuka Akaun kanak-kanak
- Penjaga perlu log masuk ke aplikasi THiJARI (akaun sendiri). Pilih Menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak dan lengkapkan transaksi tersebut.
- 1,000 pendeposit terawal yang mendaftar VAO pada bulan Mac, Jun, September dan Disember akan dipilih sebagai pemenang.
- Pendeposit boleh menyemak nama sekiranya layak melalui pengumuman yang akan dimuatnaik di media sosial dan laman web TH.
Hadiah
- Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:-
Tarikh Hadiah 3 Mac 2024 1,000 unit cenderahati TH 6 Jun 2024 1,000 unit cenderahati TH 9 September 2024 1,000 unit cenderahati TH 12 Disember 2024 1,000 unit cenderahati TH - Tuntutan hadiah boleh dibuat selepas senarai nama dimuatnaik di laman sesawang dan media sosial rasmi TH. Untuk membuat tuntutan, pendeposit perlu memastikan pengesahan akaun dibuat dalam masa 30 hari selepas tarikh pendaftaran VAO dengan mendepositkan minimum RM100.
- Kelayakan akan terbatal sekiranya pengesahan dibuat di cawangan TH yang lain (bukan seperti yang dipilih semasa pendaftaran VAO dilaksanakan), tidak memenuhi syarat deposit minimum atau melebihi tempoh pengesahan akaun.
- Pendeposit yang memenuhi syarat dan kelayakan akan menerima hadiah selepas pengesahan akaun dibuat.
Terma dan Syarat Am
- TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh tersebut. TH tidak berobligasi untuk mengemukakan apa-apa sebab dan tiada sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh TH akan dilayan.
- TH atas budi bicara mutlaknya berhak untuk meminda, membatalkan, menamatkan atau menggantung perkara ini dan/atau Terma dan Syarat dari semasa ke semasa, keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis yang cukup dalam tempoh tidak kurang daripada empat belas (14) hari sebelum tarikh pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut. Kaedah pemberitahuan akan dibuat sama ada secara bertulis, melalui media elektronik, atau notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui kaedah lain yang boleh ditetapkan oleh TH. Untuk mengelakkan keraguan, pindaan, pembatalan, penamatan, atau penggantungan perkara ini oleh TH dan/atau Terma dan Syarat tidak memberi hak kepada Peserta Yang Layak Kempen ini membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap TH bagi sebarang kerugian atau kerosakan atau apa juga yang ditanggung atau dialami oleh Peserta Yang Layak sama ada secara langsung dan tidak langsung akibat daripada pindaan, pembatalan, penamatan atau penggantungan tersebut.
- TH mempunyai hak mutlak untuk menggantikan sebarang hadiah yang dimenangi dengan hadiah lain yang sama nilai dengannya atau dengan apa jua hadiah yang TH anggap sesuai dengan memberikan notis kepada Peserta Yang Layak sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum tarikh setiap pengumuman yang telah dijadualkan dibuat oleh TH. Kaedah pemberitahuan boleh dibuat sama ada secara bertulis melalui media elektronik atau notis yang dipaparkan di Pejabat-Pejabat TH Cawangan mahupun di laman sesawang TH atau melalui mana-mana kaedah yang akan ditetapkan oleh pihak TH.
- Hadiah-hadiah tidak termasuk kos-kos lain seperti pengangkutan dan sebagainya, melainkan kos seperti yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat ini (jika ada).
- Untuk sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau maklum balas berkaitan dengan perkara ini, pendeposit boleh menghubungi TH Contact Centre di talian 03-62071919 atau secara alternatif melalui e-mel di th-info@lth.gov.my.
Soalan Lazim VAO
|
|
---|---|
Soalan | Jawapan |
Apa itu Virtual Account Opening (VAO)? |
Virtual Account Opening (VAO) ialah permohonan pembukaan akaun secara dalam talian melalui THiJARI. |
Siapakah yang layak untuk memohon VAO? |
Akaun Dewasa
Akaun Kanak-Kanak
|
Bagaimanakah cara memohon VAO melalui THiJARI? |
Akaun Dewasa – Layari www.thijari.com.my dan klik pada “Tiada Akaun TH ? Buka Sekarang” di laman utama THiJARI dan ikuti langkah seterusnya. Akaun kanak-kanak – Penjaga log masuk ke dalam akaun THiJARI. Pilih Menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak dan lengkapkan transaksi tersebut. |
Apakah proses terakhir pengaktifan akaun? |
Akaun Dewasa – Bagi permohonan VAO yang berjaya, anda dikehendaki hadir ke TH pilihan atau mana-mana cawangan dalam tempoh 30 hari bagi pengaktifan akaun bersama-sama MyKad dan deposit permulaan RM2.00. Akaun Kanak-Kanak - Bagi permohonan VAO kanak-kanak yang berjaya, penjaga dikehendaki hadir ke TH pilihan atau mana-mana cawangan dalam tempoh 30 hari bagi pengaktifan akaun. Dokumen yang diperlukan adalah:
Nota: Permohonan VAO hanya sah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan VAO dihantar. |
Bilakah pemohon akan mendapat no akaun TH? |
Pemohon akan mendapat no akaun TH setelah proses verifikasi dan pengaktifan akaun berjaya dilaksanakan di Cawangan TH. |
Berapa banyak akaun TH yang boleh dibuka? |
Setiap pemohon hanya dibenarkan membuka SATU (1) akaun TH sahaja. |
Dimanakah pemohon boleh mendapatkan terma dan syarat VAO? |
Pemohon boleh melayari laman sesawang Tabung Haji atau klik pada “Terma dan Syarat VAO”. |
Apakah yang akan terjadi apabila saya tidak mengaktifkan akaun dalam tempoh 30 hari? |
Permohonan ini akan TERBATAL dan perlu menghantar semula permohonan VAO ini. |
Adakah terdapat caj yang akan dikenakan bagi permohonan VAO? |
Tiada caj dikenakan. |
Apakah proses semasa berada di cawangan bagi tujuan pengaktifan? |
Keutamaan nombor giliran akan diberikan dan pihak Cawangan TH akan membantu proses pengaktifan akaun pemohon dengan segera. |