Kempen Pengumpulan Artifak Haji #MuziumHajiTH
Pengumpulan Artifak Haji
Tabung Haji (TH) sedang dalam usaha untuk mewujudkan Muzium Haji di Malaysia. Oleh itu, TH memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak yang mempunyai koleksi-koleksi haji untuk bersama-sama TH menjadikan artifak tersebut sebagai artifak yang berharga untuk diletakkan di muzium tersebut supaya ianya dapat menjadi sejarah dan dikenali untuk generasi yang akan datang.
Tatacara Pengumpulan Dan Serahan Koleksi Artifak Haji
Tatacara Pengumpulan Dan Serahan Koleksi Artifak Haji Oleh Orang Awam/Individu Kepada Muzium Haji TH
- TUJUAN
- Tujuan maklumat ini adalah untuk memaklumkan tatacara pemberitahuan dan serahan artifak haji oleh orang awam/individu kepada Muzium Haji TH.
- Tujuan maklumat ini adalah untuk memaklumkan tatacara pemberitahuan dan serahan artifak haji oleh orang awam/individu kepada Muzium Haji TH.
- BENTUK SUMBANGAN
- Keutamaan sumbangan adalah ke atas barangan bersejarah yang berkaitan dengan
Sejarah Haji Malaysia dari dulu hingga sekarang.
- Antara barangan sejarah yang boleh dikongsikan adalah seperti:
- Gambar-gambar/fotografi peristiwa-peristiwa bersejarah berkaitan perjalanan
Haji di Malaysia.
- Artifak barangan sejarah yang berkaiatan dengan sejarah haji.
- Dokumen-dokumen haji seperti passport, visa haji, kad pengenalan haji, iklan
promosi haji dan lain-lain.
- Lain-lain koleksi yang dianggap relevan dengan sejarah haji.
- Gambar-gambar/fotografi peristiwa-peristiwa bersejarah berkaitan perjalanan
- Keutamaan sumbangan adalah ke atas barangan bersejarah yang berkaitan dengan
- KAEDAH PENGUMPULAN DAN SERAHAN
- Para Bakal Penyumbang perlu menghantar emel ke Jawatankuasa Artifak Sejarah Haji
(th.jkartifakhaji@lth.gov.my) beserta gambar barang yang hendak ditawarkan bersama
maklumat peribadi khususnya no.telefon rumah atau bimbit. Sekiranya dipersetujui oleh
Jawatankuasa Artifak Sejarah Haji Malaysia, tuan/puan akan dihubungi untuk menghantar
barang tersebut ke Pejabat Cawangan TH berdekatan.
- Bakal Penyumbang juga boleh hadir ke Pejabat Cawangan TH berdekatan untuk
menunjukkan barang yang hendak diberikan bagi anggota TH Cawangan menghubungi
Jawatankuasa Artifak Sejarah Haji Malaysia untuk mendapatkan persetujuan.
- Para Bakal Penyumbang perlu menghantar emel ke Jawatankuasa Artifak Sejarah Haji
- BENTUK SUMBANGAN
- Hadiah atau pemberian dari penyumbang; dan/atau
- Pinjaman bertempoh atau sementara dari penyumbang.
- Hadiah atau pemberian dari penyumbang; dan/atau
Borang Deklarasi
Muat turun Borang Inventori Deklarasi Artifak Haji dengan klik di sini.
Soalan Lazim Artifak Sejarah Haji Malaysia
- Apakah yang dimaksudkan dengan proses pengumpulan artifak sejarah haji?
Proses pengumpulan artifak haji merujuk kepada tatacara memohon dan mengambil atau serahan barang-barang artifak sejarah haji oleh orang ramai/individu kepada Muzium Haji Malaysia.
- Siapakah yang layak untuk memberikan artifak sejarah haji?
Sesiapa sahaja yang mempunyai barang artifak berkaitan dengan Haji.
- Apakah dokumen yang diperlukan untuk mengumpulkan artifak sejarah haji?
Salinan pengesahan dokumen/surat hak pemilikan atau mengisi borang khas yang disediakan oleh Jawatankuasa Artifak Sejarah Haji.
- Bagaimana kaedah pengumpulan dan serahan artifak sejarah haji?
Permohonan boleh mendapatkan maklumat lengkap kaedah pengumpulan dan serahan artifak melalui portal rasmi Tabung Haji atau hadir pejabat Cawangan Tabung Haji yang berdekatan.
- Apakah jenis-jenis artifak sejarah haji yang boleh dikumpulkan?
Antara artifak haji yang boleh dikumpulkan termasuklah:-
i. Gambar-gambar/fotografi peristiwa-peristiwa bersejarah berkaitan perjalanan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci.
ii. Artifak barangan sejarah yang berkaitan dengan sejarah haji.
iii. Dokumen-dokumen haji seperti passport, visa haji, kad pengenalan haji, iklan promosi haji dan lain-lain.
iv. Lain-lain koleksi yang dianggap relevan dengan sejarah haji.
- Apakah yang perlu dilakukan setelah mendapat kelulusan untuk mengumpulkan artifak sejarah haji?
Penyumbang artifak perlu menghantar artifak ke pejabat Cawangan Tabung Haji yang berdekatan.
- Bilakah tarikh pengumpulan artifak sejarah haji akan berakhir?
Proses pengumpulan artifak sejarah haji akan tamat pada Disember 2024.