Lain-Lain
Pelaburan TH tidak hanya tertumpu pada pelaburan yang berlandaskan Ekuiti, Pendapatan Tetap dan Hartanah. TH turut membuat pelaburan strategik dalam pelbagai sektor ekonomi patuh-syariah melalui anak-anak syarikat.
Pelaburan Strategik Anak Syarikat
Pelaburan strategik melalui anak syarikat merupakan testimoni kesungguhan TH untuk mengembangkan perniagaan dalam sektor patuh syariah yang telah dikenal pasti. Penglibatan TH dalam pelaburan anak syarikat dan syarikat usaha sama merangkumi beberapa sektor utama iaitu:
- Kewangan Islam: BIMB Holdings Berhad
- Perladangan: TH Plantations Berhad
- Pembangunan Hartanah dan Pembinaan: TH Properties Sdn Bhd
- Hospitaliti: TH Hotel & Residence Sdn Bhd
- Teknologi Maklumat: Theta Edge Berhad
- Sokongan Marin: TH Marine Holding (L) Inc