TABUNG HAJI SERAH ZAKAT PERNIAGAAN TH 2012 KEPADA JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya kepada Jabatan Zakat Negeri Kedah berjumlah RM3,460,121.68.
SPB Yang Di-Pertuan Agong Almuta'simu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah telah berkenan menerima zakat tersebut bagi pihak Jabatan Zakat Negeri Kedah yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH bertempat di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.