Soalan | Jawapan |
---|---|
Apakah itu JomPAY? | JomPAY adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). |
Apa yang boleh saya lakukan dengan JomPAY? | Dengan JomPAY, pendeposit boleh memindahkan dana dari akaun Simpanan atau Semasa pendeposit ke akaun TH melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih melalui 23 Bank di Malaysia. |
Bagaimana saya melakukan transaksi simpanan ke Akaun TH melalui JomPAY menggunakan perbankan internet? |
PENTING: Pendeposit hendaklah memastikan akaun TH penerima adalah akaun TH yang berstatus AKTIF SAHAJA. Hanya akaun TH yang AKTIF sahaja yang akan berjaya dikreditkan sebaliknya dana akan dikembalikan. Pendeposit diminta untuk memeriksa status akaun TH dan memastikan akaun TH adalah yang sah dengan menghubungi THCC di talian 03-6207 1919. |
Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan ini? | Tiada caj perkhidmatan kepada pendeposit. |
Adakah saya perlu mendaftar? | Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Walau bagaimanapun, pendeposit perlu mempunyai akses perbankan Internet atau perbankan mudah alih di bank pilihan pendeposit. |
Berapa lama masa yang diperlukan untuk transaksi deposit dimasukkan ke dalam akaun TH saya? |
Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja (T+1). Sekiranya transaksi dilakukan selepas jam 5:00 petang, maka T akan menjadi hari kerja berikutnya. Anda boleh semak transaksi pada akaun TH anda selepas jam 11:00 pagi. |
Adakah terdapat masa cut off semasa membuat transaksi? | Ia bergantung kepada perbankan internet pilihan pendeposit |
Bolehkah saya membuat transaksi ke Akaun TH yang lain? | Ya. Anda boleh melakukan transaksi untuk Akaun TH sendiri atau Akaun TH Pihak Ketiga. Maklumat yang diperlukan hanyalah nombor Akaun TH untuk melakukan transaksi. |
Adakah terdapat had untuk transaksi JomPAY? | Oleh kerana transaksi JomPAY dilakukan melalui Perbankan Internet atau Perbankan Mudah Alih, had transaksi ditentukan oleh bank masing-masing. |