Kad Debit-i TH
Kad Debit-i TH adalah hasil daripada kerjasama Co-Brand antara TH dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai satu alternatif kepada Jemaah Haji/Pendeposit untuk membuat pengeluaran wang semasa di Tanah Suci. Tujuan utama Kad Debit-i TH ini adalah untuk membolehkan Jemaah Haji/Pendeposit melakukan transaksi pengeluaran wang di Tanah Suci secara percuma semasa musim Haji. Dengan Kad Debit-i TH juga, Jemaah Haji/Pendeposit boleh melakukan transaksi pengeluaran wang melalui mesin ATM di Malaysia dan Luar Negara.
Reka Bentuk Kad Debit-i TH
Reka bentuk Kad Debit-i TH adalah seperti di bawah:
Perkhidmatan yang disediakan
- Perkhidmatan Kad Debit-i TH di Malaysia
Bil JENIS PERKHIDMATAN CAJ DIKENAKAN KEPADA PENDEPOSIT (RM) 1. Pengeluaran Tunai RM1.00 setiap transaksi 2. Simpanan Tunai (CDM) RM1.00 setiap transaksi 3. Pindahan Simpanan: - Dari Akaun BIMB ke Akaun TH sendiri
- Dari Akaun BIMB ke Akaun TH pihak ketiga
- Dari Akaun TH ke Akaun BIMB sendiri
- Dari Akaun TH ke Akaun BIMB pihak ketiga
- Dari Akaun TH ke Akaun TH sendiri
- Dari Akaun TH ke Akaun TH pihak ketiga
RM1.00 setiap transaksi 4. Semakan Baki Percuma 5. Pendaftaran Haji Percuma 6. Pendaftaran (link) Akaun TH Percuma - Perkhidmatan Kad Debit-i TH di Tanah Suci
Pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji secara percuma:
Pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji akan didebit dari akaun BIMB Jemaah Haji/Pendeposit. Oleh itu, Jemaah Haji/Pendeposit perlu membuat pindahan dengan amaun yang mencukupi dari akaun TH ke akaun BIMB sebelum mereka membuat pengeluaran wang di Tanah Suci.
Cara-cara Permohonan Kad Debit-i TH
- Bagi mendapatkan Kad Debit-i TH, Jemaah Haji/Pendeposit perlu membuat pembukaan akaun BIMB di Cawangan BIMB.
- Kad Debit-i TH akan dikeluarkan di bawah akaun BIMB ini dan didaftarkan (link) ke akaun TH Jemaah Haji/Pendeposit.
- Bagi Jemaah Haji/Pendeposit yang telah memiliki akaun BIMB, mereka boleh membuat penggantian kad.
NOTA :
Kad Debit-i TH boleh didapati di semua 144 cawangan BIMB di seluruh negara mulai akhir Mac 2020. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kad Debit-i TH terbaharu ini, Jemaah Haji/Pendeposit boleh mengunjungi cawangan BIMB yang terdekat atau melayari laman sesawang Bank Islam di www.bankislam.com.
Kenyataan Akhbar
Untuk kenyataan akhbar berkaitan Kad Debit-i TH, sila muat turun disini.
Soalan Lazim
SOALAN LAZIM KAD DEBIT-i TH | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Soalan | Jawapan | |||||||||||||||||||||
Apakah Kad Debit-i TH? | Kad Debit-i TH adalah hasil daripada kerjasama Co-Brand antara TH dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai satu alternatif kepada Jemaah Haji/Pendeposit untuk membuat pengeluaran wang semasa di Tanah Suci. | |||||||||||||||||||||
Apakah perkhidmatan yang disediakan melalui Kad Debit-i TH? | Dengan Kad Debit-i TH, Jemaah Haji/Pendeposit boleh melakukan transaksi pengeluaran dan pindahan wang melalui mesin ATM di Malaysia dan Luar Negara. | |||||||||||||||||||||
Apakah kelebihan Kad Debit-i TH? | Kelebihan Kad Debit-i TH adalah Jemaah Haji/Pendeposit boleh membuat transaksi pengeluaran wang di Tanah Suci semasa musim Haji secara percuma. | |||||||||||||||||||||
Bagaimanakah permohonan Kad Debit-i TH boleh dilakukan? |
Permohonan Kad Debit-i TH boleh dilakukan seperti berikut:
|
|||||||||||||||||||||
Semasa musim haji, bagaimanakah Jemaah Haji/Pendeposit boleh melakukan transaksi pengeluaran wang TH menggunakan Kad Debit-i TH ini? |
|
|||||||||||||||||||||
Apakah transaksi yang boleh dilakukan melalui Kad Debit-i TH dan berapakah caj yang dikenakan? |
1. Perkhidmatan Kad Debit-i TH di Malaysia:
2. Transaksi Kad Debit-i TH di Tanah Suci:
|
|||||||||||||||||||||
Adakah permohonan Kad Debit-i TH ini boleh dilakukan di Pejabat Cawangan TH? | Kad Debit-i TH hanya boleh dibuat permohonan di kaunter BIMB sahaja. | |||||||||||||||||||||
Apakah Reka Bentuk Kad Debit-i TH? |
Logo TH akan dipaparkan pada Kad Debit-i TH. Reka bentuk kad adalah seperti di bawah:
|