Hibah Amanah
Hibah merupakan suatu amalan sunat berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”
(Surah Al-Nisa’: 4);
dan
“….dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya”
(Surah Al-Baqarah: 177)
Definisi
Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.
Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan / atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.
Rukun Hibah
Rukun Hibah terdiri dari lima (5) perkara iaitu:
- Pemberi hibah (Wahib)
- Penerima hibah (Mawhub lahu)
- Harta yang dihibahkan (Mawhub)
- Sighah (Ijab dan Qabul)
- Penerimaan hibah (Qabd)
Konsep
Empat (4) konsep utama Hibah Amanah TH ialah seperti berikut:
Kelebihan
- Pemberi Hibah Amanah bebas menghibahkan harta hibah yang dimiliki kepada sesiapa sahaja penerima yang dihajati termasuk individu bukan beragama Islam.
- Pemberian Hibah Amanah tidak tertakluk kepada hukum faraid. Oleh yang demikian, sesiapa sahaja layak menerima harta hibah.
- Harta yang telah dihibahkan dengan cara yang sempurna tidak boleh dituntut oleh waris-waris lain mengikut hukum faraid.
- Sebagai suatu alternatif atau penyelesaian bagi pembahagian harta kepada saudara baru / mualaf yang tidak mempunyai waris beragama Islam atau kepada anak angkat.
- Pemberi Hibah Amanah masih boleh menikmati faedah atau manfaat harta yang telah dihibahkan selagi Pemberi dan Penerima Hibah Amanah masih hidup.
Syarat Kelayakan
Pemberi Hibah Amanah TH
- Pendeposit TH yang mempunyai Akaun Dewasa;
- Waras;
- Berumur 18 tahun dan ke atas; dan
- Tertakluk kepada terma dan syarat di bawah Surat Ikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
Penerima Hibah Amanah TH
- Warganegara Malaysia atau bukan warganegara Malaysia;
- Beragama Islam atau bukan beragama Islam;
- Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah);
- Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah); dan
- Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah.
Terma dan Syarat
- Hibah Amanah TH adalah pemberian Harta Hibah Amanah oleh Pemberi Hibah Amanah semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya ijab dan qabul di antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah di mana Harta Hibah Amanah tersebut akan dipegang oleh Pemegang Amanah dan diserahmilikkan kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah. Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah yang akan dibayar kepada waris Penerima Hibah Amanah dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga apabila membuat tuntutan.
- Pemberi Hibah Amanah mestilah seorang pendeposit TH yang mempunyai akaun simpanan dewasa, waras, berumur 18 tahun dan ke atas serta tertakluk kepada terma-terma dan syarat- syarat di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH/ *Penamaan dan Suratikatan Hibah Amanah.
- Pemberi Hibah Amanah diberi pilihan sama ada ingin membuat Hibah Amanah TH secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan Penamaan ke atas wang simpanannya di TH (‘Harta Hibah Amanah’). Pembahagian Harta Hibah Amanah kepada Penerima Hibah Amanah/*Penerima Namaan adalah di dalam bentuk peratusan (%). Jumlah keseluruhan peratusan bahagian Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan hendaklah berjumlah sebanyak seratus peratus (100%). Sekiranya Pendeposit memilih untuk membuat Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan, mana-mana Penamaan yang telah dibuat sebelum ini adalah TERBATAL.
Pembatalan & Pemindaan
- Pembatalan dan Pindaan Hibah Amanah tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah.
- Walaubagaimanapun, pembatalan dan pindaan dibenarkan tanpa persetujuan sekiranya Penerima Hibah Amanah adalah daripada kalangan anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah yang masih hidup.
Proses Pelaksanaan
Proses permohonan, pindaan, pembatalan, kemas kini maklumat dan tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH/ *Penamaan (jika memilih gabungan Hibah Amanah TH dan Penamaan) adalah seperti berikut:
Proses Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan
Rajah 1
Proses | Yuran |
---|---|
Rujuk Rajah 1 | RM190.00 |
Syarat-Syarat
- Pemberi Hibah Amanah boleh memilih sama ada ingin membuat Hibah Amanah secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan Penamaan.
- Jumlah keseluruhan peratusan bahagian Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan hendaklah berjumlah seratus peratus (100%). Sekiranya Pemberi Hibah Amanah memilih untuk membuat Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan, mana-mana Penamaan yang telah dibuat sebelum ini adalah terbatal.
- Baki minimum yang perlu ada dalam akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit semasa permohonan Hibah Amanah TH dibuat adalah seperti berikut:
- Baki minimum sebanyak RM1,200.00 sekiranya Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit tidak membuat pendaftaran haji.
- Baki minimum sebanyak RM1,200.00 dan Yuran Pendaftaran Haji yang telah ditetapkan oleh TH sekiranya pendaftaran haji telah dibuat oleh Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit.
Dokumen yang Diperlukan
- Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan (JP031) dan Surat Kuasa Wakil (boleh didapati di Pejabat Cawangan TH).
- Dokumen pengenalan diri Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit (asal dan salinan yang diakui sah).
- Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah yang berumur di bawah 18 tahun (salinan yang diakui sah).
- Dokumen sokongan Penerima Hibah Amanah yang tidak waras (salinan yang diakui sah).
- Dokumen pengenalan diri Penerima Hibah Amanah/*Penerima Namaan/ Penjaga Sah (salinan yang diakui sah).
Nota: Surat Ikatan Hibah Amanah (hanya akan dicetak setelah semua dokumen dilengkapkan dan didaftarkan).
Proses Kemaskini Maklumat Peribadi Hibah Amanah TH/*Penamaan
Rajah 2
Proses | Yuran |
---|---|
Rujuk Rajah 2 | Tiada |
Syarat-Syarat
- Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit boleh membuat kemas kini maklumat peribadi Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/*Penerima Namaan tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/*Penerima Namaan terlebih dahulu.
Nota: Kemas kini Maklumat Peribadi Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit perlu menggunakan Borang JP003 (Borang Maklumat Ahli)
Dokumen yang Diperlukan
- Borang Kemas kini Maklumat Peribadi Hibah Amanah TH/*Penamaan (JP032).
- Dokumen pengenalan diri Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit (asal dan salinan yang diakui sah).
- Surat Ikatan Hibah Amanah TH dan Surat Kuasa Wakil (asal).
- Dokumen pengenalan diri Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/*Penerima Namaan (salinan yang diakui sah).
- Sijil Kelahiran/Sijil Pengangkatan bagi penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun (salinan yang diakui sah).
Proses Pindaan Hibah Amanah TH/*Penamaan
Rajah 3
Proses | Yuran |
---|---|
Rujuk Rajah 3 | RM10.00 |
Syarat-Syarat
- Pindaan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali Penerima Hibah Amanah adalah anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah membuat pengesahan bahawa anak kandung dan/atau cucu kandung masih hidup.
- Jenis-jenis dan tujuan Pindaan:
- Pembatalan Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/*Penerima Namaan: (i) pembatalan salah seorang Penerima Hibah Amanah/*Penerima Namaan tanpa membuat penggantian; atau (ii) pembatalan Penjaga Sah.
- Tambahan Penerima Hibah Amanah/*Penerima Namaan: Penambahan Penerima Hibah Amanah/*Penerima Namaan yang baru.
Penggantian Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/*Penerima Namaan: Pembatalan dan penggantian Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/*Penerima Namaan yang baru. - Peratusan Bahagian: Penambahan atau Pengurangan Peratusan Bahagian Harta Hibah Amanah TH/*Penamaan.
- Pindaan Penamaan tidak memerlukan persetujuan Penerima Namaan.
Dokumen yang diperlukan
- Pindaan Hibah Amanah TH/*Penamaan (JP033).
- Dokumen pengenalan diri Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit (asal dan salinan yang diakui sah).
- Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/*Penerima Namaan (salinan yang diakui sah).
- Sijil Kelahiran/ Sijil Pengangkatan bagi penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun (salinan yang diakui sah).
- Surat Ikatan Hibah Amanah (asal).
- Surat Kuasa Wakil (asal).
Proses Pembatalan Perjanjian Hibah Amanah TH/*Penamaan
Rajah 4
Proses | Yuran |
---|---|
Rujuk Rajah 4 | RM 70.00 |
Syarat-Syarat
- Pembatalan tidak boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali jika Penerima Hibah Amanah adalah anak kandung dan/atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah membuat pengesahan bahawa anak kandung dan/atau cucu kandung masih hidup.
- Keseluruhan perjanjian Hibah Amanah TH dan Penamaan akan terbatal.
- Pembatalan Penamaan tidak memerlukan persetujuan Penerima Namaan.
Dokumen yang diperlukan
- Borang Pembatalan Hibah Amanah TH/*Penamaan (JP034).
- Dokumen pengenalan diri Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit (asal dan salinan yang diakui sah).
- Sijil Kelahiran/ Sijil Pengangkatan bagi penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun (salinan yang diakui sah).
- Surat Ikatan Hibah Amanah (asal).
- Surat Kuasa Wakil (asal).
- Dokumen pengenalan diri Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah (sekiranya Penerima Hibah Amanah bukan anak kandung dan/atau cucu kandung) (salinan yang diakui sah).
Proses Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH/*Penamaan
Rajah 5
Proses | Yuran |
---|---|
Rujuk Rajah 5 |
|
Syarat-Syarat
- Penerima Hibah Amanah membuat tuntutan kepada TH setelah kematian Pemberi Hibah Amanah.
- Pentadbir Waris Penerima Hibah Amanah membuat tuntutan kepada TH dengan mengemukakan Surat Kuasa Mentadbir Perintah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah.
Dokumen yang Diperlukan
- Borang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH/ *Penamaan (JP035).
- Dokumen pengenalan diri Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/*Penerima Namaan/ Waris Penerima Hibah (asal dan salinan).
- Sijil Kematian/ Laporan Kematian Luar Negara Pemberi Hibah Amanah (asal dan salinan).
- Sijil Kelahiran/ Sijil Pengangkatan (jika Penerima Hibah Amanah di bawah umur 18 tahun dan/ atau tidak waras) (asal dan salinan).
- Surat Kuasa Mentadbir/ Perintah (sekiranya Penerima Hibah Amanah telah meninggal dunia) (asal dan salinan).
- Sijil Kematian/ Laporan Kematian Luar Negara bagi Penerima Hibah Amanah/ *Penerima Namaan yang telah meninggal dunia (asal dan salinan)
Muat Turun Borang
Muat turun contoh borang hibah amanah :
- Borang Permohonan Hibah (JP031)
- Borang Kemaskini Hibah (JP032)
- Borang Pindaan Hibah (JP033)
- Borang Pembatalan Hibah (JP034)
- Borang Tuntutan Hibah (JP035)
Untuk muat turun lain-lain borang sila klik disini.