Soalan Lazim TH Khairat
Bil | Soalan | Jawapan |
---|---|---|
1 | Apa itu TH Khairat? |
TH Khairat merupakan pelan perlindungan Takaful |
2 | Siapakah yang boleh mendaftar untuk TH Khairat dan berapakah had umur kelayakan? |
TH Khairat terbuka kepada semua pendeposit TH
|
3 | Berapakah jumlah perlindungan yang ditawarkan bagi TH Khairat? |
Jumlah perlindungan yang ditawarkan sebanyak RM12,000 bagi kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh. |
4 | Berapakah bayaran langganan TH Khairat? |
Bayaran langganan bagi TH Khairat adalah RM28 setahun. |
5 | Bagaimanakah proses pembayaran perlindungan TH Khairat? |
Bayaran langganan akan didebitkan daripada akaun TH setiap tahun secara automatik selagi sijil Takaful belum ditamatkan. |
6 | Apakah syarat-syarat utama untuk mendaftar TH Khairat? |
Syarat-syarat utama TH Khairat adalah:
|
7 | Adakah terdapat manfaat lain selain daripada bantuan kewangan kepada penerima manfaat? |
Pendeposit boleh menyumbangkan sebahagian daripada jumlah perlindungan iaitu RM2,000 sebagai Infaq kepada pertubuhan/organisasi kebajikan yang dilantik oleh pengendali Takaful. (Rujuk No.12) |
8. | Siapakah Pengendali Takaful yang akan menguruskan TH Khairat? | TH sebagai Pemegang Sijil Induk telah melantik dua Pengendali Takaful seperti berikut:
Pendeposit boleh memilih Pengendali Takaful ini semasa proses pendaftaran bagi mengendalikan sijil TH Khairat. |
9. | Adakah saya boleh mendaftar untuk kedua-dua pengendali Takaful atau hanya boleh memilih satu pengendali Takaful? | Setiap pendeposit boleh mendaftar dengan satu pengendali Takaful atau mendaftar dengan kedua-dua pengendali Takaful. Contoh 1: Pendeposit mendaftar dengan pengendali Takaful A. Bayaran langganan: RM28 setahun kepada pengendali Takaful A Tuntutan: Penerima manfaat layak menerima RM12,000 atau RM10,000 (sekiranya Infaq) daripada pengendali Takaful A. Contoh 2: Pendeposit mendaftar dengan pengendali Takaful A dan pengendali Takaful B. Bayaran langganan: RM28 setahun kepada pengendali Takaful A dan RM28 setahun kepada pengendali Takaful B. Tuntutan: Penerima manfaat layak menerima RM12,000 atau RM10,000 (sekiranya Infaq) daripada pengendali Takaful A dan juga layak menerima RM12,000 atau RM10,000 (sekiranya Infaq) daripada pengendali Takaful B. |
10. | Bagaimana cara-cara untuk mendaftar TH Khairat dengan kedua-dua pengendali Takaful atau mendapat dua perlindungan? |
Untuk mendaftar dua perlindungan TH Khairat, pendeposit perlu memilih dan mendaftar dengan dua (2) pengendali Takaful berbeza iaitu Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) dan HLM Takaful(HLMT). |
11. | Adakah terdapat perbezaan manfaat atau bayaran langganan antara kedua-dua Pengendali Takaful yang dilantik? |
Tiada perbezaan daripada segi manfaat dan bayaran |
12. | Apakah organisasi-organisasi yang dipilih oleh Pengendali Takaful untuk disalurkan Infaq? | Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB)
Hong Leong MSIG Takaful (HLMT)
Infaq diuruskan sepenuhnya oleh Pengendali Takaful. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengendali Takaful. (Rujuk No. 32) |
13. | Adakah TH Khairat ini patuh Shariah? | Ya, TH Khairat adalah patuh Shariah dan telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Penasihat Shariah TH. |
14. | Siapakah yang boleh dilantik sebagai Penerima Manfaat? | Pendeposit boleh melantik sesiapa sahaja untuk dinamakan sebagai Penerima Manfaat dengan syarat: a. Mempunyai akaun TH. b. Berumur 18 tahun dan ke atas. |
15. | Bilakah sijil Takaful saya akan berkuatkuasa/bermula? | Sijil Takaful akan berkuatkuasa mengikut tarikh permohonan dihantar di THiJARI dan tertakluk kepada kelulusan pendaftaran oleh Pengendali Takaful. |
16. | Bagaimanakah saya ingin tahu tentang status TH Khairat saya? | Status terkini pendaftaran atau langganan TH Khairat boleh disemak di web/aplikasi THiJARI melalui menu Semak Status. |
17. | Apakah maksud Tempoh Menunggu (Waiting Period)? | Pendeposit yang menyertai TH Khairat tertakluk kepada Tempoh Menunggu (Waiting Period) seperti berikut:
|
18. | Bagaimana saya boleh mendapatkan Sijil Takaful saya? | Sijil Takaful pendeposit akan dihantar ke emel pendeposit oleh Pengendali Takaful setelah permohonan diluluskan. |
19. | Bagaimanakah saya memperbaharui langganan pada setiap tahun? | Pembaharuan langganan TH Khairat akan didebitkan secara automatik daripada akaun TH pendeposit dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh ulang tahun pembaharuan sijil Takaful. |
20. | Bagaimanakah sekiranya baki akaun saya tidak mencukupi atau telah melebihi had umur kelayakan? |
Sekiranya baki akaun pendeposit tidak mencukupi atau telah melebihi kelayakan umur ketika tarikh pembaharuan, sijil Takaful akan ditamatkan serta-merta.
|
21. | Adakah saya akan mendapat kembali bayaran langganan yang telah dibayar apabila sijil Takaful ditamatkan? |
Tidak, bayaran langganan tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku penamatan disebabkan apa jua sebab sekalipun. |
22. | Sekiranya tidak berlaku kematian atau hilang upaya kekal sehingga umur saya 65 tahun (melebihi had kelayakan umur), adakah saya dapat kembali bayaran langganan saya? |
Tidak, bayaran langganan tidak akan dikembalikan sekiranya telah melebihi had umur kelayakan. Bayaran langganan ketika sijil berkuatkuasa disalurkan kepada pengendali Takaful yang mana dikumpulkan sebagai derma dalam satu dana untuk tujuan bayaran pampasan peserta Takaful yang memerlukan seperti yang dipersetujui peserta berdasarkan kontrak |
23. | Bagaimanakah cara untuk saya menamatkan langganan TH Khairat? | Pendeposit boleh menamatkan langganan TH Khairat dengan memaklumkan atau menghubungi Pengendali Takaful yang dipilih/dilantik oleh pendeposit. |
24. | Bolehkah saya menukar penerima manfaat? | Maklumat penerima manfaat boleh dikemas kini di web/aplikasi THiJARI. |
25. | Selain manfaat perlindungan RM12,000 kepada penerima manfaat, adakah terdapat manfaat tambahan yang lain? |
Sekiranya pendeposit yang memiliki sijil perlindungan TH Khairat meninggal dunia ketika menunaikan haji (musim haji) di Tanah Suci, bayaran manfaat akan dibayar dua kali ganda kepada penerima manfaat menjadikan manfaat yang akan diterima berjumlah RM24,000. Memilih Infaq: Penerima manfaat menerima RM22,000 dan RM2,000 akan diInfaqkan. Tidak Memilih Infaq: Penerima manfaat menerima RM24,000. |
26. | Bagaimanakah penerima manfaat ingin membuat tuntutan? | Klik pautan Tuntutan TH Khairat di laman daftar masuk web/aplikasi THiJARI untuk muat turun borang tuntutan Pengendali Takaful yang dipilih dan borang yang lengkap perlu dihantar kepada Pengendali Takaful berkenaan. |
27. | Bagaimanakah bayaran tuntutan akan diberikan kepada penerima manfaat? | Bayaran tuntutan akan dikreditkan ke akaun TH penerima manfaat. |
28. | Berapakah tempoh masa bayaran tuntutan dikreditkan ke akaun penerima manfaat? | Bayaran tuntutan dikreditkan ke akaun TH penerima manfaat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan tuntutan bersama dokumen (lengkap) dihantar kepada Pengendali Takaful. |
29. | Saya mendaftar TH Khairat dan dalam masa yang sama mempunyai sijil Takaful berdaftar dengan Pengendali Takaful yang lain. Sekiranya saya mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh, saya telah membuat tuntutan dengan Pengendali Takaful tersebut, adakah saya masih layak membuat tuntutan TH Khairat? | Ya, anda layak membuat tuntutan TH Khairat selagi sijil Takaful tersebut masih berkuatkuasa. |
30. | Sekiranya kemalangan berlaku di luar negara dan menyebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, adakah saya layak membuat tuntutan? | Ya, anda layak membuat tuntutan. |
31. | Bolehkah saya membuat tuntutan lebih dari sekali? | Tidak |
32. | Sekiranya saya ingin mendapatkan bantuan lanjut mengenai permohonan tuntutan, apakah maklumat atau nombor talian Pengendali Takaful yang boleh dihubungi? |
Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad
|
33. | Sekiranya saya mempunyai pertanyaan umum mengenai TH Khairat, apakah nombor talian yang boleh dihubungi? | Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC). Telefon : 03-62071919 Emel : th-info@lth.gov.my Online : Sembang Langsung (Live Chat) Tabung Haji di www.tabunghaji.gov.my |