Balai Berita

2024

Ogos 2024

20 Ogos 2024 Berita | Korporat
Penyerahan Zakat Berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

SABAH, 19 Ogos 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, memberikan penyerahan zakat berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Serahan zakat disampaikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, Sabah.

Ogos 14

14 Ogos 2024 Kenyataan Akhbar | Isu-Isu Semasa
53 Waris Terima Manfaat TH Khairat Berjumlah RM636,000

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) telah dapat membantu 53 waris melalui pembayaran tuntutan sebanyak RM636,000, kira-kira setahun selepas melancarkan pelan pelindungan mampu milik TH Khairat.

13 Ogos 2024 Berita | Simpanan
Majlis Serahan Tuntutan TH Khairat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2024 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Serahan Tuntutan TH Khairat daripada pengendali Takaful kepada TH yang diadakan di Menara TH Tun Razak. Genap setahun TH Khairat dilancarkan dan sebanyak 302,586 pendaftaran telah direkodkan sehingga hari ini.

13 Ogos 2024 Berita | Korporat
Majlis Simbolik Penyerahan Rumah MyHAUS

NEGERI SEMBILAN, 13 Ogos 2024 - Lembaga Tabung Haji hari ini mengadakan satu Majlis Simbolik Penyerahan Rumah MyHAUS kepada dua calon penerima di kampung Orang Asli Gebok, Mantin dan kampung Orang Asli Sungai Sampo, Jempul, Negeri Sembilan dengan kerjasama JAWHAR dan juga Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

8 Ogos 2024 Berita | Korporat
Kerjasama Strategik Memorandum Persefahaman TH - SME Bank

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2024 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengadakan kerjasama strategik dengan menandatangani memorandum persefahaman TH - SME Bank dalam satu majils yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur.

Ogos 08

8 Ogos 2024 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Sambut Baik Inisiatif Perkasa Ekonomi Madani

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik dan komited mendukung aspirasi Kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memperkasa ekonomi negara melalui inisiatif reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan selaras dengan rangka kerja Ekonomi MADANI.

8 Ogos 2024 Berita | Korporat
Inisiatif Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan Selaras Dengan Rangka Kerja Ekonomi MADANI

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik dan komited mendukung aspirasi Kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memperkasa ekonomi negara melalui inisiatif reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan selaras dengan rangka kerja Ekonomi MADANI.

Julai 2024

Julai 21

21 Julai 2024 Kenyataan Akhbar | Haji
Operasi Haji 1445H Tamat Dengan Ketibaan Jemaah Haji Kumpulan Terakhir Di KLIA

SEPANG, 21 JULAI 2024 – Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 270 orang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.30 malam semalam menandakan operasi haji bagi Musim Haji 1445H/2024M secara rasminya telah berakhir.

21 Julai 2024 Berita | Haji
Operasi Haji 1445H Tamat Dengan Ketibaan Jemaah Haji Kumpulan Terakhir Di KLIA

SEPANG, 21 JULAI 2024 – Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 270 orang telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 11.30 malam semalam menandakan operasi haji bagi Musim Haji 1445H/2024M secara rasminya telah berakhir.

16 Julai 2024 Berita | Simpanan
Penyerahan Zakat TH Tahun 2023 berjumlah RM8,831,760.47 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2024 - TH telah menyerahkan Zakat TH Tahun 2023 berjumlah RM8,831,760.47 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam Majlis Zakat Korporat 2024 kepada PPZ-MAIWP yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.