Korporat
Selasa, 13 Ogos 2024
NEGERI SEMBILAN, 13 Ogos 2024 - Lembaga Tabung Haji hari ini mengadakan satu Majlis Simbolik Penyerahan Rumah MyHAUS kepada dua calon penerima di kampung Orang Asli Gebok, Mantin dan kampung Orang Asli Sungai Sampo, Jempul, Negeri Sembilan dengan kerjasama JAWHAR dan juga Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Zainal Said, Setiausaha MAINS, YBrs Tuan Haji Khairoddin Ahmad, Pengarah Wilayah Selatan dan YBhg Dato Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR. MyHAUS adalah di bawah seliaan JAWHAR dengan menggunakan peruntukan sumbangan TH yang bermula sejak tahun 2022. Ia merupakan usaha kerajaan untuk membantu para asnaf mendapatkan rumah atau kediaman yang lebih selesa dan selamat.