Simpanan
Selasa, 13 Ogos 2024
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2024 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Serahan Tuntutan TH Khairat daripada pengendali Takaful kepada TH yang diadakan di Menara TH Tun Razak. Genap setahun TH Khairat dilancarkan dan sebanyak 302,586 pendaftaran telah direkodkan sehingga hari ini.
Takaful Malaysia menyerahkan repllika cek berjumlah RM384,000 kepada YBrs. Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH manakala Hong Leong MSIG Takaful Berhad menyerahkan sebanyak RM252,000 sebagai simbolik serahan tuntutan.