Korporat
Khamis, 8 Ogos 2024
KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2024 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengadakan kerjasama strategik dengan menandatangani memorandum persefahaman TH - SME Bank dalam satu majils yang diadakan di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur.
Memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim, Pemangku Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, SME Bank dan Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH bagi penyediaan sokongan kewangan yang bersesuaian dan program pembangunan kapasiti yang komprehensif kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).