Korporat
Khamis, 8 Ogos 2024
KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2024 – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik dan komited mendukung aspirasi Kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memperkasa ekonomi negara melalui inisiatif reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan selaras dengan rangka kerja Ekonomi MADANI.
Inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan sinergi gabungan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) peneraju termasuk TH ini menyasarkan untuk memangkin sektor-sektor ekonomi utama negara.