SABAH, 19 Ogos 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, memberikan penyerahan zakat berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Serahan zakat disampaikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, Sabah.
Majlis ini turut disertai YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Exco Pendidikan dan YBhg Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Haji Hussin, Yang di-Pertua MUIS serta barisan pengurusan TH. Semoga zakat ini dapat memberi manfaat dan membantu dalam meningkatkan tahap ekonomi golongan asnaf di negeri Sabah.