Balai Berita

2019

Ogos 2019

6 Ogos 2019 Berita | Haji
TH Negeri Terengganu Ziarah Waris Allahyarham Yahya Bin Mamat

TH Negeri Terengganu hari ini melaksanakan Program Ziarah Waris Jemaah Haji dari Terengganu yang meninggal dunia iaitu Allahyarham Yahya Mamat @ Hamzah Mohamad, bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu.

5 Ogos 2019 Berita | Haji
TH Negeri Johor Menyampaikan Sumbangan Khairat Kepada Waris Allahyarham Moksem Ahmad

Wakil-wakil pejabat TH Negeri Johor pada hari ini melaksanakan Program Ziarah waris Allahyarham Moksem bin Ahmad, jemaah haji yang berlepas melalui penerbangan KT11J yang meninggal di Tanah Suci Makkah, bertempat di kediaman keluarga Allahyarham di Kampung Parit Terus Sanglang, Pontian.

4 Ogos 2019 Berita | Haji
Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1440H/2019M

Lembaga Tabung Haji hari ini menganjurkan Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Ke Tanah Suci Bagi Musim Haji 1440H/2019M di Dewan Mentari, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini. 


Julai 2019

26 Julai 2019 Berita | Haji
Program Ziarah Waris Jemaah Haji Yang Meninggal Dunia Di Tanah Suci

Dimaklumkan pada hari ini,  TH Negeri Kelantan  melaksanakan Program Ziarah Waris Jemaah Haji (JH) yang meninggal dunia di Tanah Suci, iaitu Allahyarham Ismail bin Yaacob, KT15B (kematian kedua di TS), bertempat di kediaman keluarga allahyarham di No. 18, Kg Telaga Papan Semerak, 16700 Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan. 

Julai 25

25 Julai 2019 Kenyataan Akhbar | Korporat
Prestasi Separuh Tahun Pertama 2019

Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi separuh pertama tahun 2019, dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos yang berhemat.

25 Julai 2019 Berita | Haji
Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Negeri Sarawak Ke Tanah Suci

Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak (bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam Sarawak) hadir mewakili Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg  mengucapkan selamat jalan kepada 150 orang jemaah haji Negeri Sarawak di Bay 9, Aras 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. 

25 Julai 2019 Berita | Haji
TH Ziarah Waris Allahyarham Mastam Rais yang Meninggal Dunia di Tanah Suci Makkah

Pejabat TH Negeri Melaka hari ini mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah iaitu Allahyarham Mastam bin Rais, 78 tahun.

24 Julai 2019 Berita | Haji
TH Ziarah Waris Allahyarham Amil Abdullah Di Johor

Pejabat TH Negeri Johor hari ini mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji pertama yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada 19 Julai lalu, iaitu Allahyarham Amil bin Abdullah.

Julai 22

22 Julai 2019 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Saran Tunai Haji Guna Saluran Yang Betul

Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan kepada orang ramai, khususnya mereka yang berhasrat menunaikan fardu haji, mengenai prosedur permohonan visa haji mengikut saluran yang betul.

22 Julai 2019 Berita | Haji
Majlis Sahabat Korporat TH Di Operasi Haji Stesen Berlepas Sepang

Syarikat Mobily,  penaja kad sim kepada jemaah haji tahun ini telah hadir untuk meraikan bakal bakal haji KT 35B pada hari ini.