Haji
Rabu, 28 Ogos 2019
Pejabat TH Negeri Selangor telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah iaitu Allahyarhamah Walas binti Kusaini. Ziarah dilakukan pada pukul 3.00 petang bertempat di Sekinchan, Selangor.
Sesi ziarah ini bertujuan menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan TH kepada keluarga serta waris Allahyarhamah yang kehilangan orang tersayang. Semasa sesi ziarah, Timbalan Pengarah TH Negeri Selangor, Puan Hajah Zurita Ahmad Raffie telah menyampaikan wang khairat kematian berserta cenderahati kepada waris Allahyarhamah, Puan Siti Norain Mohd Nor. Turut diadakan majlis tahlil dan bacaan doa untuk arwah. Sesi ziarah berakhir pada jam 4.00 petang.