Haji
Khamis, 19 September 2019
TH Negeri Perak melaksanakan Program Ziarah Waris Jemaah Haji yang meninggal dunia di Tanah Suci iaitu Allahyarham Haji Hamzah bin Mohd Sirat (KT55B) bertempat di kediaman Allahyarham di No. 15, Laluan Persahabatan Timur 3, Taman Mewah, Ulu Kinta, Ipoh.
Dalam majlis ringkas tersebut, Pengarah TH Negeri Perak, Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil menzahirkan ucapan takziah dan menyerahkan wang khairat kematian berjumlah RM 1,500.00 dan pemberian air zamzam kepada waris Allahyarham iaitu Hajah Faridah binti Abdullah. Majlis tersebut diakhiri dengan tahlil ringkas dan sesi ramah mesra bersama waris-waris Allahyarham dan berakhir jam 12.30 tengahari.