Haji
Selasa, 3 September 2019
Isteri dan waris kepada Allahyarham Abdullah Munsi Bin Abdul Rahim yang meninggal dunia di Makkah pada 19 Ogos lalu telah diziarahi oleh wakil dari Pejabat TH Negeri Sembilan bertempat di Bandar Seremban Selatan pada jam 3:00 petang.
Dalam sesi ziarah tersebut Timbalan Pengarah Negeri, Haji Abdul Malek Bin Hassan telah menyerahkan sumbangan khairat kematian berserta cenderahati berupa air zam-zam kepada isteri Allahyarham, Rohaya Binti Alias. Turut diadakan majlis bacaan tahlil yang dipimpin oleh Pengurus TH Rembau, Haji Md Nor Bin Mohamad @ Ahim.
Sesi ziarah ini bertujuan bagi menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan TH kepada para waris yang kehilangan insan-insan tersayang di samping memberi sokongan moral kepada mereka.