Haji
Jumaat, 13 September 2019
Lembaga Tabung Haji (TH) telah selesai Fasa Kedua Operasi Haji dengan ketibaan kumpulan terakhir Jemaah Haji Malaysia KT68 seramai 475 orang menerusi penerbangan carter MH8383 pada 4.10 pagi tadi.Para jemaah tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 1:58 petang waktu Arab Saudi (12 September 2019).
Ketibaan kumpulan terakhir ini menandakan berakhirnya Operasi Haji TH bagi Musim 1440H|2019M.TH sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada Jemaah Haji Malaysia setiap tahun. Satu sesi post-mortem akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi menilai semula semua sudut operasi dan mencari ruang penambahbaikan.