Majlis Penyerahan Zakat TH Kepada Lembaga Zakat Negeri Selangor
SHAH ALAM, 17 April 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat pembayaran Zakat TH bagi Negeri Selangor berjumlah RM27,712,316.97 bagi tahun kewangan berakhir 2020.
SHAH ALAM, 17 April 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat pembayaran Zakat TH bagi Negeri Selangor berjumlah RM27,712,316.97 bagi tahun kewangan berakhir 2020.
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
yang berjumlah RM4,136,827.39. Ia mencatat peningkatan sebanyak 2.29 peratus berbanding tahun 2014. Ini sekaligus mengakhiri siri jelajah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2016.
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM969,135.94 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tahun kewangan berakhir 2018.
Pengarah Negeri TH Perlis, Tuan Haji Nawawi Ishak telah mempersembahkan cek Zakat TH kepada DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Muda Perlis Indera Kayangan pada Majlis Akad dan Penyerahan Zakat TH bertempat di Dewan Kuliyyah MAIPs, Kangar.
SELANGOR, 13 Mei 2020 - Lembaga Tabung Haji( TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM24,192,547.22 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun kewangan berakhir 2019.
YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah mempersembahkan cek Zakat TH kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor bertempat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi tadi.
Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini menganjurkan Majlis Perasmian Karnival Rahmah 2019 di Dataran Putrajaya hari ini.
Majlis yang dianjurkan bersama-sama JAKIM dan JAWI telah disempurnakan oleh YAB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Perdana Menteri, YAB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikan Program Temuduga Terbuka SL1M di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Lebih 20 syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLiC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) menyertai program dua hari ini dengan memberi peluang kepada pengunjung memohon pekerjaan dan latihan SL1M.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta ketua-ketua agensi yang terlibat.
Majlis Perasmian Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) Menara TH, Jalan Ayer Molek, JB pada hari Isnin, 9 Januari 2012.
PUTRAJAYA, 13 JAN - Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menghadiri satu majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dianjurkan oleh JAKIM dan 13 agensi yang lain di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.
Objektif utama perhimpunan ini adalah untuk mengharmonikan kerjasama antara agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) di samping melancarkan buku Gagasan Aspirasi Masyarakat Rahmah 2020 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Mujahid Yusof Rawa, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.