Korporat
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat Kebangsaan
PUTRAJAYA, 17 SEPTEMBER 2024: Tabung Haji (TH) hari ini menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. TH diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif; Tuan Syed Hamadah Syed Othman, wakil Pengurusan dan warga kerja TH.
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN
Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M yang diadakan di Masjid Putra,Putrajaya pada hari Ahad 5 Februari 2012.
MAJLIS SERAHAN KOMPUTER TH KEPADA SM BAGAN TERAP SELANGOR
Majlis Serahan Komputer TH Kepada SM Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor bertempat di Lantai 12, Bilik PBK IT pada hari Jumaat, 6 Januari 2012.
TH telah menyumbang 3 buah komputer dan sebuah printer kepada Sekolah Menengah Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor. Sumbangan disampaikan oleh Haji Yasin Tahir, PBK IT kepada Puan Habsah Atan, Pengetua sekolah berkenaan.
Majlis Serahan Zakat TH 2019 Kepada Zakat Melaka
MELAKA, 22 Disember 2020 - Lembaga Tabung Haji ( TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM2,797,897.60 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Zakat Melaka dalam satu majlis di Dewan Seri Utama, Pejabat T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka.
T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka. telah berkenan menerima bayaran zakat daripada Tuan Haji Mohamed Zahir bin Hussin @ Yusof, Pengarah TH Negeri Melaka.
MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN KUIH RAYA KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA DI TANAH SUCI
Lembaga Tabung Haji menerima 31,000 bungkusan sumbangan kuih dan kad raya Aidiladha daripada YAB Perdana Menteri untuk diagihkan kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan haji di Makkah. Najib menyampaikan sumbangan untuk jemaah haji kepada Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Majlis Simbolik Penyerahan Rumah MyHAUS
NEGERI SEMBILAN, 13 Ogos 2024 - Lembaga Tabung Haji hari ini mengadakan satu Majlis Simbolik Penyerahan Rumah MyHAUS kepada dua calon penerima di kampung Orang Asli Gebok, Mantin dan kampung Orang Asli Sungai Sampo, Jempul, Negeri Sembilan dengan kerjasama JAWHAR dan juga Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).