Korporat
MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN MENUNAIKAN HAJI TAJAAN 1MDB
Seramai 400 peserta terdiri daripada imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara berpeluang mengerjakan ibadat haji secara percuma menerusi program khas tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dianjurkan buat tahun kedua, program yang turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji itu bertujuan menghargai jasa dan sumbangan golongan berkenaan yang memainkan peranan cukup besar dalam aktiviti dan urusan kemasyarakatan di kawasan masing-masing.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH KUALA LUMPUR TAHUN 2011
YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyampaikan zakat perniagaan TH bagi tahun 2011 Wilayah Persekutuan sebanyak RM3,851,588.72 kepada YBhg. Dato' Haji Mustafa Abdul Rahman, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat ÔÇô Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Penyerahan ini disaksikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi TH.
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TH Negeri Johor Bagi Tahun Berakhir 2018
Satu majlis Penyerahan Zakat Lembaga Tabung Haji Negeri Johor bagi tahun berakhir 2018 telah diadakan di Hotel Mutiara Johor Bahru hari ini.
Majlis Akad dan Penyerahan cek zakat sebanyak telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Mohammad Mokhzani Mukhtar, Pengarah TH Negeri Johor dan cek bayaran sebanyak RM 7,680,292.46 telah diterima Oleh YB Dato' Haji Nooh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI JOHOR TAHUN 2011
Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor telah perkenan menerima cek zakat perniagaan TH Negeri Johor. Cek berjumlah RM3,478,208.36 ini disampaikan oleh YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TH Negeri Kedah Bagi Tahun Berakhir 2018M
Satu majlis Penyerahan Zakat Lembaga Tabung Haji Negeri Kedah bagi tahun berakhir 2018 telah diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.
Majlis Akad dan Penyerahan cek zakat sebanyak RM6.8 juta telah disembahkan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Hizamuddin Jamalluddin, Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Staf TH kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Kedah Darul Aman.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI KELANTAN TAHUN 2011
Yang Teramat Mulia Tengku Dr. Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan telah berkenan menerima cek zakat perniagaan TH tahun 2011 bagi Negeri Kelantan sebanyak RM3,321,962.70. Cek berkenaan disampaikan oleh Puan Hajah Rozaida Omar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI PAHANG TAHUN 2011
YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi Tabung Haji telah menyerahkan cek zakat perniagaan TH Pahang berjumlah RM2,275,836.17 kepada Duli Teramat Mulia, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang.
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI PERLIS TAHUN 2011
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis telah berkenan menerima cek zakat perniagaan TH Negeri Perlis sebanyak 501,371.88 daripada Tuan Haji Mohd Yasin Tahir, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat TH. Majlis penyerahan itu diadakan di Istana Arau, Perlis.