Korporat
Selasa, 21 Februari 2017
Perdana Menteri, YAB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah merasmikan Program Temuduga Terbuka SL1M di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Lebih 20 syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLiC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) menyertai program dua hari ini dengan memberi peluang kepada pengunjung memohon pekerjaan dan latihan SL1M.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta ketua-ketua agensi yang terlibat.