Korporat
Sabtu, 17 April 2021
SHAH ALAM, 17 April 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat pembayaran Zakat TH bagi Negeri Selangor berjumlah RM27,712,316.97 bagi tahun kewangan berakhir 2020.
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff telah mempersembahkan cek Zakat TH kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Majlis Penyerahan Zakat TH bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pembayaran zakat ini dapat membantu golongan asnaf yang memerlukan dan meningkatkan taraf ekonomi mereka.