MALAM ANUGERAH DAN PENGHARGAAN TH 2012
YBhg. Tan Sri Dato' Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor merasmikan Majlis Malam Anugerah Dan Penghargaan Anggota Tabung Haji Tahun 2012 di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa.
YBhg. Tan Sri Dato' Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor merasmikan Majlis Malam Anugerah Dan Penghargaan Anggota Tabung Haji Tahun 2012 di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa.
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima pengiktirafan sebagai Syarikat Paling Mampan Tahun 2017 (Sustainable Company of The Year) di Majlis Anugerah Pencapaian Terbaik Malaysia 2017 (MATA Awards 2017) yang telah berlangsung di The Royale Chulan Kuala Lumpur.
YBhg Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh YBhg Dato' Faizul Arby Mohd Sohor mewakili YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
YAB. Menteri Besar Terengganu turut hadir beramah mesra serta mengucapkan selamat jalan kepada 279 jemaah penerbangan KT38 dari Terengganu.
TH telah mengadakan sesi ziarah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarhamah Hajah Haslizah Binti Zakaria. Sesi ziarah diwakili oleh Pengarah TH Negeri Johor, YBhg. Dato’ Haji Mohammad Mokhzani Bin Mukhtar di kediaman Allahyarhamah di Jalan Lowsan, Segamat, Johor.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah mengadakan satu perbincangan dengan semua Ketua Pegawai Eksekutif anak-anak syarikat bagi meningkatkan sinergi dalam Kumpulan TH.
Satu mesyuarat dan lawatan kerja oleh pihak pengurusan kanan TH ke Rumah Essam Land Premium dan Muasasah Asia Tenggara.
PUTRAJAYA, 2 Mac 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini dalam usaha menyokong inisiatif Musa'adah Covid-19, TH telah menyumbang sebanyak RM500,000 kepada Program Foodbank JAWI bagi menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Kepada Keluarga Asnaf, Nelayan & Petani di Negeri Kelantan pada 2 Mac 2021 bertempat di Dataran Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Putrajaya.
Majlis pelepasan misi bantuan ini telah disempunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri serta Timbalannya, YB Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) hari ini menyerahkan tiga (3) buah rumah Program Baiti bernilai RM150,000 (nilai sebuah rumah adalah RM50,000) kepada tiga (3) keluarga asnaf terpilih di Daerah Maran dan Jerantut, Pahang.