Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini menganjurkan Majlis Perasmian Karnival Rahmah 2019 di Dataran Putrajaya hari ini.
Majlis yang dianjurkan bersama-sama JAKIM dan JAWI telah disempurnakan oleh YAB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Dato' Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta isteri, YB. Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan dan YB. Dato' Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. TH diwakili oleh YBhg. Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi dan YBhg. Tuan Haji Nik Hasyudeen Mohd Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta pengurusan kanan TH dan anak-anak syarikat.
Karnival Rahmah 2019 yang julung kali diadakan bagi merealisasikan konsep rahmah dan dirasai oleh semua tanpa mengikut kaum.
Karnival empat hari ni diadakan bermula 26 September 2019 sehingga 29 September 2019.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Forum Perdana, Konvensyen Murabbi, Halal Fun Run, Karnival Kanak-kanak, pameran agensi-agensi dan lain-lain aktiviti.