Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
yang berjumlah RM4,136,827.39. Ia mencatat peningkatan sebanyak 2.29 peratus berbanding tahun 2014. Ini sekaligus mengakhiri siri jelajah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2016.
Zakat perniagaan TH diserahkan oleh YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH ke hadapan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan yang juga merupakan Yang DiPertua MAIK. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBM Dato’ Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Penasihat Khas Kepada Yang Dipertua MAIK, kakitangan MAIK dan Pengurusan TH turut hadir pada majlis tersebut.