Korporat
Rabu, 13 Mei 2020
SELANGOR, 13 Mei 2020 - Lembaga Tabung Haji( TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM24,192,547.22 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun kewangan berakhir 2019.
YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah mempersembahkan cek Zakat TH kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor bertempat di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi tadi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor dan Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor.