Korporat
Ahad, 9 September 2012
Majlis Perasmian Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) Menara TH, Jalan Ayer Molek, JB pada hari Isnin, 9 Januari 2012.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor DarulTa'zim telah berkenan merasmikan Pusat Khidmat Kewangan Islam (IFiC) pertama di Menara TH, Jalan Ayer Molek. IFiC merupakan satu pusat sehenti (one stop centre) yang menyediakan perkhidmatan bercirikan Islam seperti perkhidmatan kaunter TH, TH Travel & Services Sdn Bhd, Bank Islam, Takaful Malaysia dibawah satu bumbung (pusat sehenti).