PUTRAJAYA, 13 JAN - Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menghadiri satu majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dianjurkan oleh JAKIM dan 13 agensi yang lain di Auditorium JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya.
Objektif utama perhimpunan ini adalah untuk mengharmonikan kerjasama antara agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) di samping melancarkan buku Gagasan Aspirasi Masyarakat Rahmah 2020 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Mujahid Yusof Rawa, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir bersama selaku wakil TH adalah YBrs.Tan Sri Md Nor Yusof,Pengerusi TH dan YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif _TH_ bersama barisan pengurusan kanan TH yang lain.
Turut diumumkan dalam perhimpunan ini, Pengarah JAKIM yang baru iaitu YBhg. Dato' Paimuzi bin Yahya bagi menggantikan Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim.